Gemar Mencabut Rambut, Mungkin Anda Terkena Penyakit Ini

Reddit

Adakah anda termasuk dalam golongan yang suka menggaru kulit atau mencabut rambut bercabang? Meskipun kelihatan biasa, namun pakar kesihatan ternyata menganggap hal ini sebagai masalah kesihatan yang serius. Di dalam dunia kesihatan, masalah ini disebut sebagai dermatillomania dan trichotillomania.

Pakar kesihatan ada memberitahu jika ramai orang tidak sedar memiliki keinginan untuk menggaru kulitnya atau mencabut rambut, khususnya rambut bercabang. Andai mereka tidak melakukannya, mereka boleh sahaja mengalami kecemasan berlebihan atau bahkan stress sehingga pada akhirnya menjadi kebiasaan.

Trichotillomania Support Group dari Inggeris Raya ada memberitahu jika mereka yang menderita penyakit ini kerap mencabut rambut, khususnya bulu mata, alis mata, kulit kepala, hingga bulu kemaluannya. Sifat pasif mereka ini juga kerap kali tidak diberitahu oleh sesiapapun kerana penderita merasa malu. Untuk menutup kesan dari perangai kita mencabut rambut ini boleh dilindungi melalui kepandaian make-up atau bahkan rambut palsu. Namun ramai juga mangsa kepada penyakit itu akhirnya menarik diri dari kehidupan sosial.

Salah seorang wanita berusia 34 tahun tidak disebut namanya mengaku sudah terbiasa mencabut rambut bercabang sedari dia remaja lagi kerana untuk mengelak rambut menjadi kusut akibat rambut bercabang yang ada. Tanpa disedari hobi tersembunyinya itu terbawa-bawa hingga dewasa sehingga rambut menipis dan menurunkan kepercayaan dirinya. Dia juga menghabiskan berjam-jam lamanya hanya untuk mencabut rambut bercabangnya. Wanita ini turut memberitahu ketika menyusukan bayinya sehingga bayinya dipenuhi rambut-rambut yang dicabut.

Dr. David Kingsley, pemimpin dari World Trichology Society, ada menyebut tanpa disedari, kebiasaan habit buruk ini sangat sukar diberhentikan pada mereka yang sudah biasa. Bahkan, kebiasaan ini jauh lebih sukar untuk diberhentikan dari merokok. Memang, kita boleh mengatasi kebiasaan ini dengan hypnotherapy ataupun cognitive behavioural therapy. Namun, terapi-terapi tersebut tidak mudah dibetulkan apatah lagi pada tempat-tempat besar.

BACA: Mengapa Ada Ketika Kita Akan Bercakap Ketika Sedang Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *