Gaya Tidur Anda Akan Membongkarkan Identiti Anda Yang Sebenarnya

Ia bukan lagi rahsia bahawa kebanyakan daripada kita suka mengenakan pelbagai gaya dalam tidur. Sama ada ia adalah tidur secara mengiring, melentang atau tidur bawah bantal, tetapi ia mungkin  satu-satunya cara yang terbaik bagi diri anda untuk mendapatkan tidur yang lena. Walaupun ada sesetengah posisi tidur mungkin tidak dapat menjamin kualiti tidur anda yang baik.

Tetapi itu tidak bermakna bahawa gaya tidur anda tidak akan mendedahkan diri anda yang sebenarnya. Lihat di bawah dan cari tahu apakah posisi tidur yang akan menceritakan tentang diri anda.

Tidur melengkuk

Gaya Tidur Anda Akan Membongkarkan Identiti Anda Yang Sebenarnya

Sumber gambar: scoopwhoop.com

Ini adalah posisi apabila anda merapatkan lutut anda ke dada dan tidur dalam keadaan seperti melengkuk. Anda cenderung untuk berdengkur dan sering bermimpi tentang peristiwa yang indah melalui posisi ini. Tetapi kedudukan itu juga dikaitkan dengan penyakit seperti artritis dan kesukaran bernafas. Personaliti yang bijak, anda mungkin suka berpelukan dan melakukan perkara-perkara yang menyelesakan. Anda mungkin juga suka menghabiskan waktu anda di rumah berbanding keluar ke bandar. Ini adalah kedudukan tidur yang paling biasa berlaku pada kebanyakan orang.

Tidur mengiring dan kepala di atas tangan

Sumber gambar: healthowealth.com

Orang yang tidur seperti ini cenderung untuk menjadi seorang penyayang dan ikhlas. Tetapi ini juga boleh menandakan keyakinan diri yang rendah dan kesempurnaan yang kurang.

Tidur dalam keadaan yang gelap sepenuhnya

Sumber gambar: Youtube

Anda merupakan seorang yang berani dan mempunyai sangat sedikit ketakutan terhadap perkara yang tidak diketahui. Tidur dalam kegelapan dikaitkan dengan penghasilan tahap melatonin yang lebih tinggi, iaitu hormon penting untuk mencegah kanser dan penyakit-penyakit lain. Kelemahan anda adalah anda tidak suka bangun awal waktu pagi.

Tidur dalam cahaya

Sumber gambar: huffingtonpost.com

Anda adalah jenis orang yang telah bersedia untuk suatu titik paranoia. Maksudnya adalah anda seorang yang sentiasa bersiap sedia dengan sesuatu perkara dan paling penting ketika anda menghadapi kes-kes yang teruk. Anda tidur di bawah cahaya bukanlah bermaksud kerana anda takut pada gelap, tetapi ianya adalah kerana anda mahu bersedia. Tetapi tidur dalam keadaan bercahaya telah dikaitkan dengan risiko tinggi untuk kemurungan dan tahap kualiti tidur yang lebih rendah. Jadi ia mungkin adalah satu tabiat yang anda ingin bendung jika mampu.

Tidur dengan kepala di bawah bantal

Sumber gambar: Pinterest

Anda seorang yang penyabar, bukan sahaja dalam menangani masalah dengkuran dari orang lain atau bunyi bising di luar, tetapi dalam semua perkara-perkara yang hadir dalam hidup anda. Anda mungkin mempunyai pekerjaan yang orang lain anggap sebagai pekerjaan yang tertekan, tetapi anda tahu bahawa anda boleh hadapinya dengan cara anda.

Tidur tapak sulaiman

Sumber gambar: mnn.com

Orang yang berbaring dengan belakang mereka dan tidur dengan tangan mereka di bawah kepala dipanggil sebagai tidur tapak sulaiman. Mereka ini adalah jenis yang cenderung untuk menjadi pendengar yang baik dan sangat membantu. Mereka biasanya pendiam dan tidak suka untuk menjadi pusat perhatian.

Tidur meniarap

Sumber gambar: theblaze.com

Berbaring dengan perut anda dan tangan anda pada sebelah kanan adalah dipanggil kedudukan tidur free fall. Orang yang tidur seperti ini biasanya mudah merasa cemas dan sensitif kepada kritikan.

 

Baca lagi: 5 Kata Respons Yang Baik Untuk Mendiamkan Orang Yang Negatif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *