5 Gaya Yang Boleh anda Cuba di Saat Kecemasan

5 Gaya Yang Boleh anda Cuba di Saat Kecemasan

www.cheatsheet.com

Seperti kebiasaan penampilan di saat kecemasan adalah perkara yang cuba dielakkan bagi kita yang mengejar waktu. Kadang-kadang tu kita pelik melihat orang lain yang nampak kemas sahaja dan nampak pakaian nya juga bukan main ambil sahaja apa yang nampak di depan mata bukan?

Selalu kita terfikir mana dia dapat masa pilih baju? Gosok baju yang kemas tu dan juga pilihan satu set pakaian dari kasut hingga baju berbutang? kan?

Di sini kami kongsikan kerana apa yang anda perlu adalah disiplin dan juga sistem. Disiplin di dalam menentukan baju apa yang ingin di pakai untuk esok serta sistem pemilihan baju.

Selain daripada itu, mari ikuti 5 gaya yang boleh anda cuba di saat kecemasan!

1.Rancang pakaian sehari sebelum

635891791671070041785842911_DEC-Article-1-Image-2-1024x765

www.theodysseyonline.com

Apabila sampai sahaja waktu pagi secara automatik perjalanan harian kita menjadi sangat kelam kabut oleh itu untuk memilih pakaian yang paling senang adalah menjadi keutamaan.

Namun begitu jika anda melakukan sehari sebelum jika berlaku sesuatu pada pakaian ataupun butang tercabut kita boleh siapkan dulu, oleh itu kita dapat jimatkan banyak masa.

Selain daripada itu, apabila malam kita tidak lagi tertekan tentang baju yang ingin dipakai esok kerana semuanya sudah disiapkan awal.

2.Jadikan Rutin Kebiasaan di Waktu Pagi

meditation-sunrise

Dari yang pelik kepada biasa. Apabila anda tertekan secara tidak langsung anda juga hilang kawalan diri. Anda boleh fikir dari sekarang apa yang anda suka lakukan di waktu pagi sebelum keluar bekerja anda boleh jadikan yoga sebagai permulaan pada pagi yang indah, pergi berjalan kaki selama 10 minit ataupun menari juga boleh dilakukan untuk menjadikan hari pagi anda lebih indah!

3.Pastikan Almari Anda di Dalam Keadaan Teratur

www.impressiveinteriordesign.com

Pastikan almari anda dalam keadaan teratur supaya anda tidak perlu membuang masa untuk mencari barang.  Selain daripada itu jika almari anda berada dalam keadaan teratur anda dapat mengasingkan pakaian lama, pakaian yang baru dan juga pakaian basahan di tempat yang disediakan.

4.Kurangkan Pemilihan Pakaian

CaxXuCTWAAA90Vq

twitter.com

Banyakkan baju yang boleh di suai padan di dalam almari agar idea untuk menggayakan baju dapat dikecapi.  Contoh satu baju tapi boleh digayakan dengan pelbagai cara oleh itu amat mudah untuk mencari baju yang sesuai jika semua menggunakan sistem pemilihan pakaian yang sama.

5.Beli Baju online

5b7f11517a4a2f7d49ea0de47c6e919f

www.pinterest.com

 

Tiada masa untuk membeli belah gunakan medium internet untuk anda membeli belah. Secara tidak langsung anda dapat jimatkan masa.

Itu antara 5 gaya yang boleh anda cuba di Saat kecemasan yang kami sediakan untuk anda. Sudah bersiap sedia dari segi pemakaian setiap pagi? Untuk tidak ketinggalan anda turut boleh komen di bawah tentang tips yang anda sering lakukan jika kesuntukan masa.

Baca lagi:  10 Tips Pantas Untuk Anda Kelihatan Bijak

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *