www.ew.com
Tidak ada yang lebih teruk daripada mempunyai potongan rambut yang tidak sesuai mengikut bentuk muka anda. Trend dan gaya rambut sentiasa berubah sepanjang masa, namun bukan semuanya sesuai dengan anda. Sehubungan itu, sangat penting untuk mengambil kira gaya potongan rambut yang sesuai mengikut bentuk muka anda.
Bentuk muka ini dianggap lebih sesuai untuk wanita. Namun ada juga lelaki yang bermuka bujur. Bentuk muka ini umumnya sesuai dengan mana-mana gaya rambut, tidak kira pendek atau panjang. Anda cuma perlu mengelak membiarkan rambut tepi panjang kerana ianya akan menyebabkan muka anda kelihatan bulat.
menstylo.blogspot.com
Lelaki yang mempunyai bentuk muka segi empat disifatkan kuat dan maskulin. Apabila mereka memotong rambut, majoritinya memilih gaya petak dan bersudut. Bentuk muka ini sesuai dengan mana-mana gaya.
www.coastal.com
Bentuk muka ini lebih panjang daripada muka bujur. Cuba elakkan potongan tepi yang terlalu pendek kerana hanya akan menyerlahkan raut wajah yang panjang. Lebih sesuai mempunyai gaya potongan rambut yang menutupi sebahagian muka.
www.fashionising.com
Muka berbentuk bulat tidak mempunyai sudut. Sehubungan dengan itu, rambut perlu dipotong dengan gaya setengah pendek atau buat potongan menegak. Tidak perlu menggunakan gaya “Spike”.
www.yourlooktoday.com
Lelaki dengan bentuk muka berlian mempunyai pipi menonjol dan dahi yang agak sempit. Elakkan potongan terlalu nipis di bahagian tepi kerana akan menampakkan telinga anda seperti terkeluar. Elakkan juga gaya rambut lurus. Biarkan rambut kelihatan lebih semula jadi dan beralun.
www.menshairstyletrends.com
Muka bentuk hati hampir serupa dengan bentuk muka berlian. Anda dicadangkn mengekalkan gaya rambut lebih panjang. Cara terbaik untuk mengimbangi wajah berbentuk hati adalah dengan menyimpan janggut pendek.
www.pinterest.com
Lelaki dengan bentuk muka ini mempunyai rahang yang luas dan dahi yang sempit. Adalah sukar untuk memilih gaya rambut bagi bentuk muka ini, dicadangkan memotong rambut gaya yang lebih panjang dan banyak lapisan (layer).
www.fashionising.com
BACA: Kisah Benar: Abu Si Mati Disemadikan di Bulan