Gaya Fesyen Rambut Lelaki Yang Menjadi Ikutan

Rambut kalau dulu menjadi mahkota terpenting yang dijaga wanita namun bukan lagi pada zaman sekarang di mana lelaki juga tidak mahu kalah di dalam menjadikan rambut sebagai umpan untuk kelihatan lebih maskulin di mata wanita.

Pelbagai fesyen rambut terkini yang boleh anda lihat digayakan oleh selebriti dan juga lelaki di luar sana. Memang kalau anda tengok pun anda boleh ketawa kerana mereka kini amat menitik beratkan penampilan rambut.

Berbeza sangat dengan lelaki dahulu.

Ikuti beberapa jenis gaya rambut yang boleh anda jadikan contoh dan beritahu sahaja tukang gunting rambut itu anda mahukan gaya seperti dibawah!

1. WAVY / HIGH VOLUME UNDERCUT WITH A TAPER

fesyen rambut terbaru 2016

Kalau nak buat gaya rambut ini kena make sure rambut korang jenis ikal & lurus sebab kena simpan rambut panjang di bahagian tengah. Rambut kerinting jangan berangan la okey hihi. For sure kena gunakan wax atau produk rambut yang boleh membuatkan gaya rambut korang tahan lama.

2. BUZZED SKIN FADES

fesyen rambut lelaki terbaru 2016

 

gaya rambut lelaki 2016

Untuk lelaki yang kurus rambut sebegini bersesuaian lagi macho jika menyimpan jambang sedikit.

3. BUSINESS SAVVY

fesyen rambut lelaki terbaru 2016_1

fesyen rambut lelaki terbaru 2016_2

Bagi mereka yang bekerja di sektor awam atau dunia korporat etc, haruslah menggayakan rambut dengan kemas seperti gambar di atas. Kasi trim bahagian tepi rambut biar nampak kemas dan bahagian tengah tidak terlalu panjang.

ads-facial-bar

4. MODERN SIDE PART

Gaya rambut side part yang dimodenkan. Aku pun suka buat gaya rambut side part tapi takdelah sampai cukur bahagian tengah rambut. Biasa akan suruh barber gunting pendek rapat sampai atas. Gaya modern side part semestinya masih popular pada tahun 2016 ini.

fesyen rambut lelaki 2016

 

fesyen rambut lelaki 2016_1

ads-hair-tonic

5. THE SWOOP

Rambut disimpan panjang dibahagian tengah then dibiar menjurai ke tepi dan depan.

fesyen rambut lelaki 2016_2

 

fesyen rambut lelaki 2016_3

6. BLONDE

Artis Malaysia & public figure di social media instagram ramai menggayakan rambut blonde atau silver. Katanya ada wax yang dijual di pasaran mempunyai keupayaan untuk mejadikan rambut berwarna silver. Bagi aku, rambut warna natural tetap menjadi pilihan hati. Kalau boleh nak hitamkan lagi rambut sebab rambut aku berwarna ala-ala perang sikit. Kalau lagi hitam, lagi menawan hihi.

fesyen rambut lelaki 2016_5

fesyen rambut lelaki 2016_7

Komen di bawah jika anda mempunyai gaya rambut lain yang turut popular pada tahun 2016 ini.

Sumber: Hafizhafizol

BACA: Tiru Gaya Pitbull Ke Pejabat!

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *