Gaya Betul Pemakaian Tali Leher Lelaki Urban

Pemakaian tali leher hari ini penting kepada lelaki terutamanya dalam majlis formal. Tali leher yang betul akan menambah karisma seorang lelaki di pertemuan-pertemuan bersama klien atau sewaktu pembentangan profesional. Ia juga memberikan impak yang baik sewaktu temuduga. Mari ikuti tip pemilihan tali leher yang betul.

1. Tali leher bercorak sesuai dikenakan dengan baju polos. Begitu juga sebaliknya.

Memilih tali leher untuk majlis formal agak mudah. Panduan asasnya adalah padanan warna dan corak dengan kemeja. Jika memakai berwarna neutral, maka tali leher boleh berwarna fesyen. Jika memilih kemeja berwarna fesyen maka tali leher berwarna neutral amat sesuai. Kekalkan tali leher bercorak polos. Ini amat mudah digayakan. Jika ingin menambah corak, corak berbelang serong amat sesuai dengan kemeja polos.

2. Panjang tali leher apabila diikat sebaiknya mencecah kepala tali pinggang

Tali leher yang pendek akan menampakkan pemkai seperti tidak matang. Bagai badut pun ada juga. Tali leher yang terlalu panjang kelihatan selekeh. Seeloknya panjang tali leher mencecah kepala talipinggang.


Pinterest

3. Tali leher mempunyai tiga size iaitu standard, narrow dan skinny.

Tiga saiz tali leher ialah standard (berukuran 3.75 – 4 inci), narrow (2.75-3 inci) dan skinny (1.75-2 inci). Mereka yang berbadan plus size sesuai memakai standard. Mereka yang berbadan sederhana sesuai dengan narrow manakala mereka yang berbadan kurus sesuai dengan skinny. Walaubagaimanapun tali leher skinny bukanlah tali leher formal, ia lebih kasual.

4. Ikatan tali leher seeloknya mempunya dimple

Salah satu tanda seorang lelaki yang menjaga penampilan nya dengan baik ialah dengan memastikan tali leher nya mempunyai dimple, iaitu lekukan di pangkal ikatan. Ini sama macam lesung pipit di pipi. Ada 2 cara untuk mengikat tali leher yang mempunyai dimple. Satu ialah apabila menarik tali leher ke atas untuk dikemaskan di leher, letakkan jari telunjuk di atas tali leher dan tarik perlahan-lahan. Jari telunjuk ini akan memastikan alur dimple terbentuk. Cara kedua ialah apabila menarik tali leher ke atas, lipatkan tali leher  dan tarik perlahan-lahan.

Idleman

5. Seeloknya ada tiga jenis tali leher untuk dipadankan dengan kemeja kerja iaitu polos, berbelang (striped) dan plaid (berkotak kecil).

Dengan tiga jenis tali leher ini, seorang lelaki sudah boleh memadankan tali leher dengan kemeja yang pelbagai. Saya suka sarankan untuk tali leher dipadankan dengan kemeja putih. Ini lebih fleksibel.

Cottondoux

Komen di bawah!~

Baca : 4 Gaya Model Rambut untuk Lelaki Yang Berambut Nipis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *