Lelaki Ini Kemalangan Gara-gara Bermain Pokemon Go Di Tengah-tengah Lebuhraya

Lelaki dan video game sememangnya tidak dapat dipisahkan. Ibarat irama dan lagu, ia saling melengkapi antara satu sama lain. Namun begitu, apa yang terjadi baru-baru ini memang sesuatu yang mengejutkan dan pasti menyebabkan kaum lelaki tak senang duduk.

Sumber gambar: www.engadget.com

Dunia kini sedang dilanda demam aplikasi video game terbaru iaitu ‘Pokemon Go’. ‘Pokemon Go’ adalah sejenis permainan di mana para pemain perlu menangkap watak-watak pokemon yang muncul secara tiba-tiba dan bila-bila masa sahaja di dalam telefon pintar.

Akibat hal ini, seorang lelaki di Massachusetts telah menyebabkan kemalangan kerana mahu menangkap watak pokemon yang paling popular iaitu Pikachu yang secara tiba-tiba muncul semasa dia sedang memandu di lebuhraya.

Lamar Hickson, 26 tahun, dengan beraninya telah memberhentikan keretanya di tengah-tengah jalan raya yang sibuk semata-mata untuk menangkap Pikachu. “Jika anda mahu menangkap ke semua pokemon, maka anda perlu berani berdepan semua risiko,” kata Lamar Hickson kepada pegawai polis yang menahannya.

Sumber gambar: www.theverge.com

Buat masa ini, belum ditentukan lagi jenis hukuman yang akan dijatuhkan kepada Lamar Hickson. Walaubagaimanapun, kemalangan tersebut tidak melibatkan sebarang kematian ataupun kecederaan parah.

Salah seorang pegawai polis yang mengendalikan kes ini berkata, “Membalas mesej ketika memandu sudahpun menjadi satu kesalahan, tetapi, bermain ‘Pokemon Go’ ketika memandu pastinya adalah satu kesalahan yang lebih berat.”

Akibat kejadian ini, hashtag #dontpokemongoanddrive sudah menjadi sesuatu yang popular di media sosial.

Aplikasi permainan ‘Pokemon Go’ ini belum lagi sampai ke Malaysia. Namun begitu kami berharap agar kejadian seperti ini tidak akan berlaku apabila permainan ini boleh dimainkan di Malaysia kelak. Di harap, kaum lelaki yang bermain permainan ini akan lebih berhemah agar tidak terjadi kecelakaan seperti ini.

Sumber berita: www.cartelpress.com

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *