Galaxy Note 7 Versi Malaysia Tidak Akan Boleh Digunakan Selepas 31 Disember – Dimatikan Sepenuhnya

YouTube

Samsung telah menarik-semula Galaxy Note 7 daripada pasaran dan mula menggantikan set pengguna sejak beberapa bulan yang lepas. Namun, masih terdapat sejumlah kecil belum menggantikannya – dan untuk tujuan berkenaan, sebelum ini pihak Samsung telah mengehadkan pengecasan kepada sekitar 30% bateri sahaja.

Kini, bergerak ke tahun baru, Samsung Malaysia telah mula menghantar notifikasi, mengatakan Galaxy Note 7 versi Malaysia tidak lagi boleh digunakan selepas 9 malam, 31 Disember 2016. Samsung akan mengehadkan pengecasan kepada hanya 0%, membuatkan pengguna tidak boleh menggunakan telefon pintar mereka berkenaan.

Seperti biasa, sekiranya anda mempunyai set tempatan, anda diminta menghubungi Samsung untuk proses tukar-ganti telefon berkenaan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *