Gal Gadot Orang Israel, Lebanon Terancam Boikot “Wonder Woman”

Lebanon berusaha melarang siaran filem “Wonder Woman” kerana dikhuatiri pemegang peranan utamanya, Gal Gadot, adalah orang Israel.

Hal itu terjadi refleksi dari permusuhan selama puluhan tahun antara kedua negara tetangga itu hingga menyentuh hal budaya.

Gambar hiasan: IMDB

Seorang pejabat keamanan yang tak mahu disebutkan namanya berbicara kepada Assosiated Press bahawa larangan itu belum diterima secara rasmi. Larangan akan memerlukan saranan daripada enam anggota dari Kementerian Ekonomi.

Penyiaran perdana Wonder Woman dijadualkan berlangsung di Beirut. Poster filem tersebut sudah terpampang dalam bentuk fizikal filem mahupun digital di sekitar Beirut.

Gambar hiasan: Ace Showbiz

Lebanon secara rasmi berperang dengan Israel dan memiliki Undang-Undang berusia puluhan tahun yang memboikot produk Israel dan melarang warga Lebanon untuk pergi ke Israel atau berhubungan dengan orang Israel.

Kedua negara telah melalui sejumlah peperangan, termasuk yang paling menghancurkan pada tahun 2006 hingga menyebabkan insfrastruktur Lebanon musnah dan menyebabkan ratusan orang maut.

Sebuah kelompok bernama Campaign to Boycott Suppoters of Israel-Lebanon telah menentang penyiaran filem Wonder Woman. Di laman Facebooknya, kempennya tersebut mengatakan bahawa Gal Gadot adalah seorang perajurit di angkatan perang Israel.

Bahkan, katanya, Gal Gadot telah mendukung kebijakan askar Israel menduduki Jalur Gaza, daerah Palestina yang dikelolakan oleh kelompok militan Hamas.

Gambar hiasan: Insider

“Negara mengambil keputusan yang tepat,” kata Samah Idriss, seorang anggota kempen yang memboikot kepada The Associated Press.

“Kami sekarang menunggu pelaksanaannya…Bahkan jika itu satu jam sebelum pertunjukan, mereka harus melarangnya,” kata dia.

Ketegangan meningkat antara Israel dan Hizbullah. Israel dilaporkan mengebom beberapa sasaran Hizbullah di Syria dalam beberapa bulan terakhir.

Baca lagi: Keperibadian Melania Trump Dilihat Dari Tulisan Tangannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.