Gaji Lebih Tinggi Apabila Berpenampilan Menarik

Tahukah anda jika anda memastikan penampilan anda kemas, bersih dan menarik akan menyebabkan anda menerima bayaran yang tinggi berbanding rakan-rakan anda yang tidak menjaga penampilan diri?

Satu kajian telah dijalankan berkaitan perkara ini dan apa yang ditemui adalah mengejutkan. Di dapati, pekerja yang sentiasa menjaga penampilan diri akan menerima gaji lebih tinggi apabila berpenampilan menarik iaitu perbezaan sebanyak 14,000 dolar.

Kredit foto: luxekurves.com

Maka, atas sebab ini, anda dinasihatkan agar meluangkan lebih banyak masa untuk mempersiapkan diri anda sebelum ke tempat kerja agar kelihatan lebih kemas dan menarik. Pastikan misai dan janggut anda berada dalam keadaan bersih dan kemas dan rambut pula disisir rapi.

Kajian ini telah dijalankan oleh University of Chicago dan UC Irvine di mana mereka dapati bahawa lelaki atau wanita bekerja yang menjaga penampilan diri akan mendapat pendapatan lebih 14,000 dolar. Ini adalah satu jumlah yang begitu besar!

Para pengkaji telah mengkaji 14,600 orang yang terdiri daripada lelaki dan wanita selama 13 tahun. Para pengkaji ini telah mengikuti para responden bermula dari zaman persekolahan sehinggalah ke alam pekerjaan.

Kredit foto: fashionmind.eu

Responden-responden ini telah ditemuramah sebanyak 4 kali sepanjang kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti rating sejauh mana menariknya penampilan diri mereka dan juga perbandingan gaji yang diperolehi antara mereka.

Keputusan kajian ini telah diterbitkan dalam Social Stratification and Mobility di mana ia mengatakan bahawa mana-mana pekerja yang menitikberatkan penampilan diri mereka agar kelihatan menarik akan menerima gaji 14,000 dolar lebih tinggi berbanding rakan sekerja yang tidak berpenampilan menarik.

Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat 20% perbezaan gaji antara pekerja yang cantik dan kacak dengan pekerja yang kurang cantik dan kacak. Tetapi, perbezaan ini dapat dikurangkan apabila pekerja yang kurang cantik dan kacak ini menjaga penampilan diri mereka.

Jadi, selepas ini anda perlu berusaha sebaik mungkin untuk memastikan agar penampilan diri anda berada dalam keadaan yang terbaik kerana anda akan dapat gaji lebih tinggi apabila berpenampilan menarik.

Sumber: Askmen.com

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *