Gagal Urus Kewangan Punca 5 Kelab Bola Sepak Ini Hampir Muflis

Bagi mana-mana kelab bola sepak, duit adalah segala-galanya. Tanpanya, pembangunan sesebuah kelab akan terbantut. Sama ada dari segi untuk mendapatkan pemain-pemain terbaik ataupun membesarkan tempat duduk stadium, semuanya memerlukan duit untuk melakukannya.

Namun begitu, jika kewangan sesebuah kelab tidak diuruskan dengan baik dan dibuat secara tidak sistematik, pastinya ia akan menyukarkan pembangunan kelab tersebut. Mungkin gaji para pemain tidak dapat dibayar, mungkin terpaksa meminjam lalu menambah hutang, ataupun kelab mungkin akan berhadapan dengan masalah diisytihar muflis.

Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda kisah 5 kelab bola sepak yang berhadapan masalah kewangan dan ada antaranya telah diisytihar muflis. Ini semua berlaku gara-gara tiada pengurusan kewangan yang betul. Jom kita sama-sama lihat 5 kelab bola sepak yang bermasalah ini.

kewangan

Kredit foto: IBTimes UK

#5. Portsmouth

Pada tahun 2008 boleh dikatakan sebagai tahun kegemilangan Portsmouth FC apabila pasukan ini berjaya memenangi Piala FA dengan mengalahkan Cardiff City 1 – 0. Keputusan ini adalah satu peristiwa bersejarah buat Portsmouth dan juga pengurus kelab pada ketika itu iaitu Harry Redknapp.

Walaubagaimanapun, beberapa tahun kemudian, Portsmouth FC berdepan dengan masalah pengurusan di mana mereka tidak mampu membayar gaji-gaji pemain dan juga berdepan dengan masalah hutang yang banyak. Keadaan ini menyebabkan Portsmouth tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris dan kena sedang beraksi dalam League Two.

Baca lagi: Rambut 5 Pemain Bola Sepak Ini Masih Kekal Bentuk Walaupun Selepas 90 Minit Beraksi

Kredit foto: BBC

#4. Glasgow Rangers

Salah satu kelab terbesar dan ternama di Scotland selain daripada Celtic iaitu Glasgow Rangers turut menghadapi masalah kewangan yang teruk terutama sekali pada tahun 2003. Pada ketika ini, Rangers berdepan dengan jumlah hutang sebanyak 52 juta pound sterling. Ini menyebabkan ramai pemain ternama Rangers meninggalkan kelab ini.

Ketiadaan pemain-pemain ternama dan hebat menyebabkan prestasi Rangers jatuh merosot dan mengakibatkan kelab ini tidak berjaya memenangi sebarang piala pada tahun 2004.

Kredit foto: Chelseafc.com

#3. Chelsea

Sebelum kedatangan bilionair Rusia ke Chelsea iaitu Roman Abramovich yang telah menyuntik banyak dana ke dalam akaun kelab ini, Chelsea pernah menghadapi masalah kewangan suatu ketika dahulu. Pada tahun 1982, Chelsea hampir diisytiharkan muflis, mujur kelab ini diselamatkan oleh Ken Bates yang membeli kelab ini pada nilai 1 pound sterling.

Ken Bates adalah seorang usahawan dan sebelum itu adalah pengerusi di kelab Oldham Athletic. Pada tahun 2003, Bates telah menjual Chelsea kepada Roman Abramovich dan dikatakan berjaya mendapat untung sebanyak 140 juta pound sterling.

Kredit foto: Top Screen Media

#2. Leeds United

Ada yang mengatakan masalah kewangan ini berpunca daripada amalan gaya hidup mewah pengerusi Leeds United pada tahun 2001 iaitu Peter Ridsdale. Walaubagaimanapun, masalah kewangan Leeds sudahpun bermula sekian lama lagi.

Sejak kemunculan Leeds United di dalam pusingan separuh akhir UEFA Champions League, mereka sudah tersingkir ke Championship League. Masalah kewangan teruk Leeds United telah diselamatkan oleh orang yang sama yang menyelamatkan Chelsea iaitu Ken Bates.

Kredit foto: SporTipo

#1. Parma

Masalah pengurusan kewangan yang sangat teruk menyebabkan Parma telah diisytihar muflis pada tahun 2015. Kegagalan membayar hutang dan juga gaji para pemain serta staf yang berjumlah 218 juta euro telah membawa Parma ke arah muflis.

Kelab ini yang sebelum ini pernah beraksi di Serie A iaitu peringkat liga teratas dalam liga Itali akhirnya terpaksa dalam Serie D iaitu liga peringkat bawahan. Malah, kelab ini juga telah bertukar ke nama baharu iaitu dari Parma Football Club SpA ke S.S.D Parma Calcio 1913 pada bulan Julai 2015.

Adakah ada kelab-kelab lain yang turut mengalami masalah kewangan seperti 5 kelab bola sepak di atas? Jika anda tahu, sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 5 Pemain Bola Sepak Yang Paling Pendek Di Dunia (Pendek Tapi Power)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *