Gadis Saman Ibu Bapa Kerana Memuat Naik Gambarnya Semasa Kecil

Gadis Saman Ibu Bapa Kerana Memuat Naik Gambarnya Semasa Kecil

MAGE: IZABELA HABUR/GETTY IMAGES/ISTOCKPHOTO

Memuat naik gambar seseorang ke laman sosial terutamanya di medium paling besar, Facebook merupakan perkara yang tidak dapat dijangka, Saban hari kita didedahkan dengan bahaya seseorang berkongsi gambar peribadi mereka ke laman sosial. Namun apa yang peliknya kali ini seorang wanita sama ibu bapa kerana memuat naik gambarnya semasa kecil menjadi viral.

Seorang gadis berusia 18 tahun dari Carinthia, Austria telah menyaman ibu bapanya sejak 7 tahun lalu kerana memuat naik gambar memalukan dan berkongsi gambarnya ke Facebook tanpa kebenaran.

BACA: Dreamwork Dijual Dengan Harga Hampir 16 Juta

Seperti dilaporkan  The Local oleh seorang peguam yang tidak dikenali Michael Rami memberitahu bahawa ibu bapa tersebut tidak ada niat lain selain hanya mahu berkongsi lebih 500 keping gambar ke dalam Facebook, gambar tersebut menunjukkan anak perempuannya itu membuat semua benda dari menukar lampin hingga membuang air besar menggunakan mangkuk tandas.

ads-pomade

Rami memberitahu kepada gadis perempuan tersebut jika gambar yang dimuat naik menganggu dan memberikan kesan buruk kepadanya secara tidak langsung dia mungkin menang kes tersebut yang dijadualkan akan dibicarakan pada bulan November.

Perempuan muda itu memberitahu The Local, ” mereka tidak tahu apa itu malu dan tiada had – mereka langsung tidak kisah melihat gambar saya tidak memakai baju duduk di atas tandas ataupun sebaliknya – setiap masa mereka merakam gambar saya dan menjadikan ia tatapan umum.”

Ibu bapanya tidak mengambil peduli apabila anaknya menyuruh memadam gambar yang telah dimuat naik – ayahnya bergaduh kerana merasakan gambar itu merupakan haknya dah berhak memuat naik ke mana-mana sahaja yang diingini.

“Saya penat kerana tidak dipandang serius dengan apa yang saya sudah beritahu,” dia berkata.

Ketika kita sendiri tidak mengetahui apa yang bakal berlaku kepada kes tersebut, ianya menjadi satu peringatan undang-undan media sosial sebenarnya masih banyak kekurangan dan perlu campur tangan dari pelbagai pihak. Oleh itu fikir dua kali sebelum memuat naik gambar anak anda semasa kecil tanpa kebenarannya.

Macam-macam, komen di bawah jika anda merupakan ibu-bapa yang suka memuat naik gambar anak anda di laman sosial !

BACA: Instagram Kini boleh Zoom In Gambar

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.