5 Tip Fesyen Untuk Newbie

5 tip fesyen untuk newbie

Kredit foto: engageyoga.com

Mungkin sebelum ini anda adalah seorang lelaki yang biasa-biasa saja dari segi pemakaian. Anda suka pakai t-shirt dan jeans setiap masa tanpa ada yang menarik perhatian pada pakaian anda. Sampai suatu masa, anda merasakan bahawa sudah tiba masa untuk anda upgrade fesyen pemakaian anda agak nampak lebih bergaya.

Oleh kerana itu, kami di Mensive mahu membantu anda agar tampil lebih bergaya dengan 5 tip fesyen untuk newbie ini. Tip ini hanyalah tip yang mudah dan senang diikuti. Jom kita tengok apakah 5 tip tersebut.

1. Warna Yang Sesuai

Sebelum nak membeli pakaian, pastikan warna pilihan anda itu sesuai dengan warna kulit badan anda. Warna kulit yang gelap dan cerah memerlukan pilihan warna yang berbeza. Anda pastinya tidak mahu kelihatan seperti badut akibat tersalah pilih warna, betul tak?

2. Ok Tak Saiznya?

Jangan kerana anda minat dengan sesuatu fesyen, anda nak beli pakaian tersebut. Dalam berfesyen, antara tip yang penting, pakaian anda mestilah padan dengan badan anda. Tidak guna ada pakaian yang up to date, tetapi ia tidak padan dengan anda langsung.

5 tip fesyen untuk newbie

Kredit foto: bedframeboys.info

3. Duit Oh Duit

Jangan fikir nak beli pakaian yang mahal dan berjenama sahaja, tengok juga kemampuan diri anda. Terdapat juga pakaian pada harga murah yang boleh meningkatkan gaya anda. Apa yang penting, anda mestilah pandai memilih yang mana satu akan menampilkan gaya yang lebih menarik.

4. Lagi Simple Lagi Bagus

Jangan sesakkan pemakaian anda dengan pakaian tambahan atau corak yang berserabut ataupun warna yang terlalu kontra dengan kulit anda. Cukup sekadar menampilkan gaya yang simple tetapi masih kelihatan menarik.

5. Ada Idola Tak?

Ok, cuba kenalpasti mana-mana artis ataupun public figure yang anda boleh contohi cara beliau bergaya. Sebaiknya, pilih orang yang hampir sama dengan anda sama ada dari segi saiz badan, ketinggian dan warna kulit. Dari situ, anda boleh ikut apakah pakaian yang sering dipakai olehnya.

5 tip fesyen untuk newbie

Kredit foto: www.thesartorialscout.com

Itulah dia 5 tip fesyen untuk newbie yang baru nak cuba-cuba nampak bergaya. Kami berharap dengan tip mudah ini dapat membantu anda supaya tampil lebih menarik dan bergaya. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan lain yang mungkin juga sedang mencari cara untuk tampil bergaya.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *