5 Cara Berfesyen Untuk Lelaki Pendek

suit-men_00426244

comluv.com

Seringkali kita berjalan di pasar raya dan melihat keadaan fizikal seseorang lelaki yang agak pendek berbanding lelaki seusia mereka. Ikuti beberapa tips untuk lelaki yang pendek

Ramai antara kita lebih gemar meniru fesyen orang lain tanpa mengira bentuk fizikal diri sendiri. Bukan tidak boleh mengikut fesyen semasa tetapi kesukaran memilih pakaian yang benar-benar sesuai dengan fizikal yang rendah menampakkan anda kelihatan buruk sekali. Tip ringkas di bawah boleh dijadikan panduan supaya anda tidak lagi rendah diri dengan penampilan dek fizikal anda yang rendah.

1. Corak menegak bersaiz kecil

Adam-Lampell

www.themodestman.com

Anda tidak perlu memakai sut untuk kelihatan segak, baju t-shirt jika kena dengan si pemakainya juga sudah cukup untuk menampakkan tahap fesyen anda. Jika ingin memakai sut bagi si pendek, haruslah memilih corak menegak yang bersaiz kecil.

2. Pilih saiz ngam-ngam dengan badan

fit- tshirt

www.aliexpress.com

Jangan pilih baju yang terlalu kecil untuk saiz badan anda, pilih baju yang sedap dengan badan anda dan nampak sedikit longgar. Kalau anda pilih baju yang terlalu ketat badan anda akan nampak lebih halus.

3. Aksesori

mens-accessories-2016

praetexto.com

Pilih aksesori seperti tali leher, jam dan juga tali pinggang. Pilih yang sedikit kecil. Gunakan “skinny tie” untuk tampil meriah dengan gaya anda. Baca selanjutnya di sini! : 7 tip lelaki berjambang

4. Seterika Seluar

Short-Men-2-Shoes.jpg_original_2048x2048

muleties.com

Pastikan seluar anda diseterika kerana bagi lelaki yang pendek memakai seluar yang tidak diseterika akan kelihatan bentuk fizikalnya kurang menarik manakala akan nampak tidak terurus.

5. Pilih sehelai jaket yang mempunyai butang 1 ataupun 2

harvey-specter-suit-suits-634x360

shortofheight.com

Pilih sehelai jaket yang mempunyai 1 atau 2 butang sahaja untuk bermain dengan mata orang sekeliling, kita dapat menutup keadaan fizikal kita dan berjalan dengan yakinnya!

JANGAN IKUT:

1. Jangan mengenakan pakaian bercorak melintang

bacca-bucci-tan-men-casual-shoes-922

shopping.indiatimes.com

2. Elak memilih kasut yang mempunyai tapak tinggi untuk tampak tinggi. Ia sememangnya tidak membantu sebaliknya membuatkan orang asyik terpandang kasut anda sehingga jadi anda kurang selesa.

3. Elak membeli pakaian yang bersaiz besar dan longgar. Ia bukannya membantu anda nampak besar tetapi hakikatnya membuatkan anda lebih kecil dan seperti kanak-kanak.

4. Elak memakai dua lapis jaket.

5. Jangan simpan rambut panjang.

6. Elak mengenakan pakaian terang kerana menampakkan fizikal anda yang rendah dengan ketara.

Biasakan diri dengan tukang jahit. Elak rasa malu berjumpa tukang jahit untuk meminta mereka melakukan sedikit perubahan pada pakaian anda. Minta mereka sukat mengikut saiz tubuh anda. Butik seperti Banana Republic, Gap, Levi’s dan H&M merupakan antara butik yang boleh anda kunjung kerana boleh membantu anda memilih fesyen sesuai untuk tubuh badan anda yang rendah.

Hujung tahun sebegini pasti banyak jualan murah. Berfesyenlah dengan bijak!

Anda mungkin meminati:  5 Tabiat Lelaki Yang Menjaga Penampilan Diri

 

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.