Fesyen “Tie Dye” Yang Digemari Lelaki Muda

image-3

Penampilan kasual bersama denim yang penuh santai dengan memilih fesyen tie dye atau lebih dikenali sebagai ikat celup kini sudah lama ditonjolkan. Sesekali mengimbau kembali kegemilangan fesyen bohemian di hujung minggu pun menarik juga!

SEJARAH

Mengikut catatan sejarah, corak kain teknik ikat celup ini sudah pun diketahui wujud sejak 2000 tahun di Mesir lagi. Malah, negara China dan Jepun juga memulakan corak kain ini pada abad ke-7. Di Tanah Melayu pula, kain bercorak ini diperkenal sejak abad ke-15 Masihi pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an corak ikat celup telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu namun lebih dikenali sebagai batik pelangi.

fiawz27iduqwgcr-medium

                                                                     Instructables

TEKNIK

Mereka melakukan corak ini menggunakan lilin, ianya bergantung kepada imaginasi seseorang untuk menghasilkan corak yang terbaik.

ads-body-soap

FESYEN

Hari ini, semakin banyak butik dan pereka memilih corak tie dye dalam penghasilan pakaian seperti baju T, cardigan, seluar mahupun gaun panjang. Jika dulu corak tie dye diminati golongan bawahan dan golongan tua, kini fesyen tie dye berkembang menjadi busana kasual yang diminati oleh semua masyarakat kerana menampilkan corak atau motif warna yang menarik. Antara corak yang biasa dibuat adalah motif jelujur, tribal, bulatan, bunga , kupu-kupu, spiral , polkadot , wajik dan sebagainya. Selebriti yang pernah menggayakan fesyen tie dye adalah Justin Bieber,Kenya West, Rihanna dan ramai lagi.

Jika anda mahu lebih kreatif, anda boleh lakukannya sendiri. Bukan saja mengikut ‘selera’ warna dan corak sendiri tetapi lebih murah. Ia lebih menarik apabila dipadankan dengan seluar jeans lusuh anda!

Adakah anda salah seorang lelaki muda yang memiliki corak fesyen seperti ini? Jika ya komen dibawah!

Sumber: Maskulin

BACA: Fesyen Lelaki Zaman 70 – an

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.