Fesyen Smart Nerd & Casual Nerd

image-1

Sesetengah lelaki takut untuk menggayakan fesyen ala nerd kerana tidak mahu dicop ‘budak skema’ dan tidak matang berfesyen. Namun, suntikan moden kepada gaya ini mampu menjadikan pemakainya kelihatan chic yang tidak over the top. Sekali-sekala, cubalah tampilkan personaliti berbeza dengan gaya nerd moden ini.

nerd1

SMART NERD


Permainan warna hitam dan putih adalah warna selamat untuk berpenampilan formal. Pilih kemeja berlengan panjang berwarna putih dan padankan dengan tali leher skinny berwarna hitam. Jika anda mengenakan kemeja putih berlengan pendek, anda boleh membangkitkan mood retro ke pejabat. Seluarskinny dan tali pinggang hitam memang tidak boleh dipisahkan.

ads-facial-bar

Penampilan tidak cukup nerd tanpa padanan aksesori seperti braces suspenders. Pilih braces suspenders skinny berwarna hitam untuk memberi kontra pada kemeja anda. Cermin mata bulat vintage seperti kegemaran mendiang John Lennon dan dipopularkan oleh Johnny Depp ini sangat sesuai untuk semua bentuk wajah anda. Jangan lupa sikat rambut tepi dengan rapi atau mintak saja pakar rambut potong rambut dan katakan anda minta potongan nerd chic.

CASUAL NERD


Baju T berleher bentuk V atau baju t berkolar memang pakaian yang cukup selesa untuk anda lebih-lebih lagi sesuai dengan situasi cuaca di sini. Seluar jeans hitam atau biru jenis straight leg atau skinny boleh diadaptasi untuk gaya nerd versi moden. Awas! Jauhi seluar berkotak kerana ia tidak padan dengan baju T anda.

Untuk menampakkan diri anda seorang nerd yang bergaya, potongan rambut asymmetric atau messy mohawks adalah pilihan terbaik. Dari segi kasut pula, pilih kasut kasual bertali dan tanpa tali seperti loafers berwarna gelap dan sneakers putih. Cermin mata petak dan bingkai tebal hitam yang dikenali sebagai Wayfarer merupakan cermin mata yang laris dijual dalam sejarah. Malah, ia dikatakan aksesori budaya ikon pop yang banyak digunakan oleh kebanyakan selebriti setelah 50 tahun terdahulu. Kini, Wayfarer kembali untuk tampil lebih cool buat si pemakai.

Jadi, adakah anda berani untuk bergaya nerdy? Kadangkala ia bukan kerana pakaian, tetapi bagaimana anda membawakan fesyen tersebut. Nerd atau tidak, anda masih boleh bergaya dan membangkit aura dengan gaya anda sepanjang masa!

Sumber: Maskulin

BACA: 7 Masalah Gaya Yang Kecil Yang Boleh Membawa Kepada Masalah Besar

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *