Fesyen Inspirasi Gaya Ikon Selebriti

ss-160121-leonardo-dicaptio-style-28_96de5ec163be920bffca7cc36846d045-today-ss-slide-desktop

Today.com

Setiap daripada kita pasti ada ikon antarabangsa yang dikagumi dan menjadi inspirasi dalam gaya seharian. Siapakah selebriti Barat yang anda rasakan ikon fesyen paling bergaya masa kini.

Dalam ramai-ramai selebriti Barat tersebut, antara yang menjadi pilihan kerana keterampilan unik segar ialah Harry Styles, Pharell Williams, Brat Pitt, dan Drake. Begitupun, bagi saya yang paling menyerlah adalah seperti berikut:

ads-beard-oil-with-azrel

David Beckham

David Beckham cukup dihormati kerana mempunyai keyakinan yang tinggi, ceria dan cukup memberikan inspirasi kepada para penyokongnya. Dia tidak takut untuk bereksperimentasi dengan fesyen.

Beckham bijak mengikut trend fesyen  yang diolah mengikut interpretasinya sendiri. Dia sentiasa mengejutkan kita dengan gaya yang kadangkala melawan arus fesyen itu sendiri.

Dia pernah dilabelkan metroseksual oleh Mark Simpson yang merupakan pencipta sendiri istilah itu. Beckham cukup selesa dengan maskulinitinya sendiri, dia berani menggayakan apa sahaja contohnya seperti kain sarung tanpa perlu risau jika ada sesiapa yang mempertikaikan pilihannya itu.

Lihat saja paparan iklan di media yang menggunakan dia sebagai umpan untuk melariskan pelbagai jenama terkenal dunia.

Antara aksesori dan pakaian yang setiasa menjadi pilihannya ialah kaca mata hitam, pelbagai jenis dan rekaan topi, tali pinggang, batu T- sukan. skaf, designer jeans dan semestinya sut hebat untuk acara karpet merah.

Fesyen Inspirasi Gaya Ikon Selebriti

The Times

Will Smith

Will Smith  adalah selebriti yang paling murah dengan senyuman dan selalu kelihatan ceria apabila bersama-sama keluarga. Dia adalah contoh bapa yang paling hip berdasarkan gayanya yang cukup bersahaja. Dia juga sentiasa kelihatan hebat di permaidani merah. Jika dibandingkan dengan selebriti yang lain, Smith kelihatan cukup gembira tanpa dibuat-buat dalam pelbagai foto yang dirakamkan oleh lensa-lensa jurugambar.

Fesyen Inspirasi Gaya Ikon Selebriti

Google+

ads-pomade_updated

Jude Law

Dari segi tema gaya, Jude Law adalah contoh unggul (epitome) lelaki inggeris yang cukup bergaya dan berketerampilan.

Dia selalu bergaya kemas dan rapi tetapi pada masa yang sama kelihatan cukup santai. Law bijak bergaya mengikut acara dan tempat, sentiasa memakai tuksedo potongan klasik dalam rona biru bagi acara formal.

Rona putih, kelabu dan hitam sentiasa menjadi pilihan dan dia cukup jarang difotokan dalam pakaian bewarna terang. Untuk lebih santai, sweater selalu menjadi pilhan, dipakai dengan jaket kulit dan baldu serta seluar potonfan klasik yang diperbuat daripada fabrik kasual seperti kapas atau linen.

Law akui kacak, mempunyai aura sedikit nakal dan paling penting dia berjaya gabungkan gaya kontemporari dan klasik yang cukup memikat serta bersahaja. Dia juga kelihatan lebih muda daripada usianya dan mempunyai kualiti yang boleh disenaraikan sebagai ikon fesyen.

Fesyen Inspirasi Gaya Ikon Selebriti

PopSugar

Johnny Depp

Johnny Depp cukup dikenali dengan gaya individu yang tersendiri. Kadangkala gayanya berpakaian adalah terarah lebih kepada kostum. Namun, gayanya cukup unik seperti wataknya sebagai Indiana Jones, penyanyi rock dan lanun. Cukup cool dan hip.

Fesyen Inspirasi Gaya Ikon Selebriti

Daily Mail

Itu antara selebriti Hollywood yang kita memang tabik spring dengan setiap kemunculan di khalayak ramai. Komen jika anda ada sebarang perkongsian!

Sumber: Kosmo

BACA: Lelaki But Lebih Bergaya?

Join us_New

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *