Via Ferrata Paling Tinggi Di Dunia

Kredit : Kompas.com

Tahukah anda, Via Ferrata yang tertinggi di dunia berada di Malaysia?

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Via Ferrata ini. Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan via ferrata.

Via ferrata adalah laluan pendakian gunung yang dilengkapi dengan tangga besi dan kabel dipasang pada permukaan berbatu untuk para pendaki yang berminat untuk melaluinya.

Melalui laluan ini, para pendaki berpeluang menikmati pemandangan gunung yang indah di mana pada kebiasaannya, pemandangan ini hanya dapat dinikmati oleh pendaki batu atau penduduk gunung sahaja.

Syarikat Mountain Torq Sdn. Bhd. yang berpengkalan di Itali telah membina laluan via ferrata di Gunung Kinabalu. Laluan via ferrata memberi peluang kepada pendaki merasai keseronokan mendekati Gunung Kinabalu dan menghayati permandangan puncak dan lembah yang sungguh ajaib.

Kredit : Borneo Calling

Laluan via ferrata ini telah mendapat pengiktirafan dalam Guinness World Records. Guinness World Records telah mengambil masa selama enam bulan untuk mengesahkan laluan via ferrata di Gunung Kinabalu ini layak mendapat pengiktirafan rekod dunia.

Keputusan itu dimaklumkan pada Julai tahun lalu setelah ketinggiannya mengatasi Via Ferrata di Permatang Marmolada Barat, Itali yang mengungguli carta tertinggi di dunia sebelum ini, iaitu dengan ketinggian 3,343 meter dari aras laut.

Buat pengetahuan semua, terdapat lebih 300 laluan Via Ferrata di seluruh dunia dan kebanyakannya berada di Itali, Jerman dan Perancis. Jadi, laluan via ferrata di Malaysia ini merupakan yang pertama di Asia.

Via ferrata itu akan menjadi satu lagi tarikan ke gunung tersebut selain keunikan alam semula jadinya yang memang menjadi pilihan utama pengunjung.

Laluan via ferrata paling tinggi di dunia terletak berhampiran dengan puncak Gunung Kinabalu di Sabah pada aras ketinggian 3,200m ke 3,800m.

Mountain Torq membolehkan pendaki-pendaki daripada semua peringkat umur untuk mendaki di permukaan berbatu Gunung Kinabalu, laluan pilihan ini memberi peluang kepada pendaki untuk menikmati keindahan pemandangan gunung dari pelbagai sudut yang berlainan.

Pilihan laluan pendakian bermula dari tahap mula belajar ke tahap pertengahan, setiap laluan mengambil masa kira-kira 2-5 jam. Anda boleh memilih laluan yang sesuai dengan tahap kesukaran yang anda inginkan melalui senarai yang Montain Torq sediakan.

Kredit : Borneo Calling

Aktiviti-aktiviti fia ferrata yang menyeronokkan termasuklah Mendaki Torq (Walk The Torq), 6 meter Jambatan Monyet, 430 meter jarak pendakian batu, Pusingan Puncak Low’s (The Low’s Peak Circuit), Laluan pendakian baru untuk menghayati Gunung Kinabalu via Ferrata yang tertinggi dengan kepanjangan 763 meter termasuk mendaki Torq.

Kesemua aktiviti ini dimulai dengan pendakian pada permukaan batu tegak pada laluan via ferrata. Sambil itu, pendaki boleh menikmati pemandangan panorama hutan Kinabalu.

Laluan via ferrata ini ditamatkan dengan pendakian ke titik penamat di Puncak Selatan, iaitu puncak Gunung Kinabalu yang paling prolifik.

Kredit : Borneo Calling

 

 

Kredit : Borneo Calling

 

Kredit : Borneo Calling

Menakjubkan bukan? Mungkin ini nampak menggerunkan, namun ini juga pasti menjadi pengalaman seumur hidup anda yang paling berharga.

Baca lagi : Jenama Malaysia Setaraf Jenama Antarabangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.