Fattah Amin Menjadikan Cemuhan Sebagai Azimat Perbaiki Diri

PERJALANAN seni buat jejaka tinggi lampai ini dalam bidang seni boleh dikatakan masih hijau dan penuh ranjau. Masih ingat lagi, ketika di awal kemunculannya, dia menerima kritikan yang cukup hebat hingga disebabkan lakonannya yang sering dilabel ‘kayu’ oleh kebanyakan pengkritik industri.

Namun itu adalah kisah empat tahun lalu namun semenjak awal tahun lalu, apabila dia muncul dengan karakternya sebagai Ejaz Fakhri, nama Fattah Amin terus dikatakan melonjak naik dan digilai ramai.

Gambar hiasan: Men’s Folio Malaysia

Sebut sahaja namanya, semua pasti akan mengenali malah meminati bekas Hero Remaja ini. Namun begitu di sebalik setiap pujian yang diterima, jejaka berusia 27 tahun ini juga tidak terlepas daripada menerima pelbagai cemuhan sesetengah pihak.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengakui biarpun sibuk, dia tetap cuba untuk meluangkan masa membaca segala komen yang ditinggalkan oleh para pengikut di akaun media sosial miliknya. “Sudah tentu saya akan terasa bila ada yang mengutuk, menghina saya.

Gambar hiasan: Malay Mail Online

“Tapi saya tidak membiarkan ia menjadi pematah semangat. Sebaliknya saya jadikan ia sebagai azimat untuk terus memperbaiki diri. “Ketika awal pembabitan dulu, orang labelkan saya kayu. Tapi saya tak kisah, saya terus perbaiki diri dan mencuba memberikan yang terbaik.

“Begitulah juga dengan komitmen saya di dalam bidang nyanyian. Walaupun banyak mengkritik suara saya sumbanglah, tak sampailah, saya tetap jadikan azimat untuk memperbaiki diri,” katanya yang muncul dengan single kedua, Wanita Terakhir.

Gambar hiasan: Cinema Online

Tambah Fattah, dia tak pernah ingin memaksa semua orang untuk menyukai dirinya. Namun sebagai public figure, dia terus memastikan untuk memberikan hanya yang terbaik untuk para peminat.

Namun disebabkan jadual beliau yang agak padat termasuk menghadiri kelas pada hari biasa, agak sukar untuk dirinya memberi komitmen menghadiri kelas vokal dan lakonan.

Baca lagi: 5 Gaya Rambut Anime Yang Patut Dicuba Oleh Kaum Lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.