Fast And Furious 8: Membekalkan Penonton Lebih Banyak Ledakan!

Sekuel paling dinanti-nantikan oleh kebanyakan peminat filem aksi,  Fast and Furious kembali ditayangkan di pawagam mulai minggu lepas. Berbanding dengan sekuel sebelumnya, Fast and Furious 8 menyogokkan penonton dengan aksi balapan liar hingga rompakan.

Perbezaannya kali ini, aksi rompakan filem yang diarahkan oleh sutradara F. Gary Gray lebih mewah dan gempak kerana cuba menyasarkan senjata nuklear yang disimpan di dalam kapal selam milik Rusia.

Gambar hiasan: Den Of Geek

Plotnya, kumpulan yang dibentuk Dominic Toretto (Vin Diesel) tidak terlibat dalam misi tersebut. Waktu itu, Toretto dipujuk oleh Luke Hobbs (Dwayne Johnson), untuk menenangkan sebuah alat yang dapat melumpuhkan jaringan elektrik dalam satu wilayah bernama, EMP.

Misi mereka berhasil. Namun, Toretto mengkhianati dengan mengambil alat tersebut dan menyerahkannya kepada seorang terrorist perempuan bernama Cipher (Charlize Theron).

Gambar hiasan: Quirky Byte

Akibatnya, Hobbs dimasukkan ke penjara. Di sana, dia berjumpa dengan penjenayah yang dahulu pernah dimasukkan ke dalam penjara, termasuk Deckard Shaw (Jason Statham). Kerana campur tangan Mr. No Body (Kurt Russell) Hobbs dan Shaw akhirnya berhasil melarikan diri dari penjara.

Dari Mr. No Body lah Shaw diminta untuk bergabung dan mencari dalang pencuri alat EMP yang bernama Cipher, orang yang juga membuatkan Torreto mengkhianati mereka.

Gambar hiasan: Steemit

Sayang, sebelum selesai misi tersebut, markas mereka pula yang diserang Chiper dan Torreto. Mereka mengambil Mata Tuhan alat yang sempat dicari oleh penjahat dalam Fast And Furiuos 7 untuk memudahkan pencurian kod nuklear yang dibawa oleh salah satu pejabat Rusia.

Banyak kejutan yang dihadirkan oleh sutradara. Yang pasti, Fast and Furious 8 lebih banyak ledakan, serta hal-hal yang sulit untuk dicernakan akal saat sedang berlumba di balapan. Di hujung cerita, ledakan kapal selam di tengah salji yang membeku akan terlihat. Ada juga kengerian saat puluhan kereta-kereta saling berlanggar di kota New York.

Baca lagi: Tak Kenal Erti Putus Asa, Usaha Hwang Chi-Yeul Tidak Sia-Sia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *