Sering kali, masalah ketidaksuburan dikaitkan dengan wanita, tetapi kenyataannya lelaki juga menjadi salah satu punca. Kemandulan lelaki berlaku kerana banyak sebab termasuk faktor-faktor luaran atau dalaman.

Menurut Dr. Muhilan Parameswaran, perunding Urologi, MBBS (India), beliau mendapati melalui sebuah kajian dalam nisbah enam orang lelaki, seorang lelaki mengalami masalah sperma tidak berkualiti.

Faktor pengaruh kualiti sperma sempurna

Faktor 1: Kuantiti

Air mani yang sihat sepatutnya mengandungi lebih dari 15 juta sperma per mililiter. Purata kiraan sperma sihat pula adalah antara 120 dan 350 juta per sentimeter padu. Bilangan sperma yang kurang sihat dan tidak berkualiti pula adalah di bawah 40 juta per sentimeter padu.

Kekurangan kiraan sperma adalah disebabkan oleh faktor alam sekitar:

a) Terdedah kepada bahan kimia, radiasi, logam berat

b) Pengambilan ubat tertentu

c) Merokok, meminum arak, pengambilan dadah terlarang

Terdapat juga faktor-faktor lain seperti:

a) Penggunaan laptop di riba

b) haba dan panas api ketika memasak

c) Memandi air panas, sauna

Faktor 2: Kualiti

Sperma normal mempunyai kepala bujur dan ekor panjang. Semakin banyak sperma yang anda memiliki dengan bentuk normal, semakin besar kemungkinan anda untuk menjadi subur

normal abnormal sperm

Ciri-ciri sperma yang abnormal adalah:

a) Berkepala dua

b) Ekor terlalu pendek ataupun terlalu panjang

c) Tengkuk sperma ibarat bentuk spring

Kecacatan bentuk sperma boleh mempengaruhi pergerakan dan hala tuju sperma.

ads-hair-tonic

Faktor 3: Pergerakan

Pergerakan pantas dan laju apabila berenang melalui serviks, rahim dan tiub fallopio adalah pergerakan ideal untuk sperma. Anda kemungkinan besar subur jika lebih 40% sperma anda bergerak sedemikian.

Sperma yang banyak tetapi bergerak perlahan tidak membantu keadaan.

Sperma kekal sihat dan hebat

Terdapat beberapa cara dan kaedah terbaik bagi mendapatkan sperma yang hebat dan berkualiti.

1. Praktik amalan seks sihat

Awasi jangkita menular penyakit-penyakit tertentu seperti klamidia, gonorea dan penyakit kelamin lain.

2. Diet sihat dan seimbang

Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan.

3. Berat badan ideal

Beberapa kajian menunjukkan bahawa obesiti menjejaskan kualiti sperma dan mengurangkan jumlah sperma mahupun pergerakannya.

ads-body-soap

4. Jangan stress

Stress menurunkan fungsi seksual dan mengganggu hormon yang diperlukan untuk menghasilkan sperma.

5. Kenakan pakaian longgar

Bagi lelaki, pastikan seluar dalam anda longgar dan jangan terlalu ketat.

6. Banyakkan bersenam

Pastikan ia senaman yang ringan dan mudah.

7. Jangan meminum arak, merokok dan sebaiknya kurangkan makan makanan ringan.

Sumber: Maskulin

BACA: Bangun Sebelum Subuh Tidak sihat

Join us_New