Fakta Mengenai Seorang Ulat Buku Yang Anda Tidak Tahu

Membaca buku sememangnya merupakan amalan yang mulia dan anda seharusnya berasa bangga jika anda memiliki hobi yang gemar untuk membaca buku kerana ia boleh membantu ilmu pengetahuan anda untuk bertambah.

Selain itu hobi anda ini sesuatu yang baik kerana ia tidak membawa mudarat kepada anda serta mengganggu orang di sekeliling anda. Di samping itu ia juga tidak memerlukan belanja yang besar untuk melakukannya.

Berikut adalah beberapa fakta yang anda tidak tahu mengenai mereka yang gemar membaca ini yang sering digelar sebagai ulat buku.

Gambar hiasan: Shutterstock

Gambar hiasan: Shutterstock

  1. Mereka lebih gemar menghabiskan masa di sekitar perpustakaan berseorangan ataupun di sebalik timbunan buku kerana mereka seolah-olah tidak boleh berpisah dengan buku walaupun hanya untuk beberapa minit.
  2. Mereka gemar mengunjungi kedai buku apabila tiba di pusat membeli-belah kerana melihat buku-buku yang dipamerkan di sana menjadi sebagai salah satu daripada terapi untuk si dia menghilangkan segala masalah yang bersarang di dalam kepala.
  3. Mereka ini juga jika dibiarkan online selama beberapa jam, apa yang sering dilakukannya ketika melayari internet adalah membaca blog-blog yang mempunyai kaitan dengan buku, seperti blog yang membuat review buku ataupun blog berasaskan novel.
  4. Orangnya kreatif dan menarik dan anda tentu akan berasa seronok apabila berbual dengan mereka kerana mereka memiliki pengetahuan di dalam pelbagai perkara. Kan orang yang banyak membaca ini luas pengalamannya berbanding yang malas.

Gambar hiasan: Shutterstock

Oleh itu anda tidak harus bimbanglah sekiranya memiliki teman lelaki ataupun suami yang mempunyai hobi membaca buku kerana mereka akan menjadi orang yang berpengetahuan luas dan bijak dalam mengambil sebarang keputusan kemudian nanti.

Baca lagi: 5 Perkara Anda Boleh Lakukan Untuk Mengurangkan Berat Badan Sebelum Tengahari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *