Fakta Menarik Tentang Kondom Yang Mungkin Kamu Tak Pernah Tahu

akta Menarik Tentang Kondom Yang Mungkin Kamu Tak Pernah Tahu

Self870 × 550

Mensive mengumpul beberapa fakta menarik berkaitan dengan kondom yang mungkin tidak pernah kamu tahu sebelum ini. Sebahagian fakta yang kami temui agak mengejutkan dan ada juga yang menggelitik hati.

1. Kondom dalam bahasa Danish (Denmark) ialah ‘svangerskabsforebyggendemiddel’. Walaupun ada yang senang memanggilnya ‘gummimand’ yang membawa maksud lelaki getah, namun di dalam kamus rasminya mereka menggunakan perkataan 30 huruf tadi sebagai perkataan rasmi untuk kondom.

2. Kondom boleh ‘bertahan’ selama empat tahun asalkan ia disimpan di tempat yang sejuk dan kering.

3. Menurut kajian, lebih kurang 40 peratus pelajar di peringkat sekolah menengah seluruh dunia sudah tahu cara menggunakan kondom.

4. Di Sweden satu ketika dulu mempunyai khidmat Condom Ambulance yang mana mereka menawarkan khidmat penghantaran kondom kepada mana-mana pasangan yang memerlukan kondom. Mereka hanya perlu membuat panggilan dan kondom akan dihantar terus.

5. Kualiti setiap kondom akan diperiksa menggunakan alat elektrik demi memastikan tiada sebarang kebocoran.

6. Sewaktu Perang Dunia Kedua, para tentera menggunakan kondom sebagai pelindung kepada senjata mereka (senapang atau pistol) sewaktu mereka terpaksa berenang.

ads-hair-tonic

7. Menurut kajian, 40% jualan kondom di seluruh dunia dibeli oleh orang perempuan.

8. Dipercayai kondom mampu mengelakkan berlakunya kehamilan ialah sebanyak 98%.

9. Menurut kajian sebanyak 5 bilion kondom digunakan setahun di seluruh dunia.

10. Condomi, jenama kondom dari Jerman menghasilkan kondom untuk kelompok vegetarian yang mana kondom ini diperbuat menggunakan serbuk koko.

11. Di kejohanan Olimpik Sydney 2000, sebanyak 70 ribu kondom diedarkan kepada atlet.

BACA: Kebaikan Seks Untuk Kesihatan Dalaman Yang Tak Ramai Tahu

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *