Faiz Subri Menang Anugerah Gol Paling Cantik Di Anugerah Puskas

Faiz Subri Menang Anugerah Gol Paling Cantik Di Anugerah Puska

Faiz Subri yang telah menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan pencapaian beliau di dalam pertandingan yang dianjurkan oleh FIFA Puskas dengan memenangi anugerah gol paling cantik, anugerah tersebut telah berlangsung pada malam Isnin di Zurich.

Dengan kejayaannya malam semalam menjadikan beliau pemain asia pertama memenangi anugerah berprestij itu, dia turut bersama di atas pentas bersama hero bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dan Sir Alex Ferguson.

Anak kelahiran Pulau pinang itu berjaya menjaringkan gol paling cantik dunia pada perlawan Liga pada Februari lalu dengan rekod undian dunia 59.46 peratus, lebih tinggi berbanding pencabarnya pemain tengah Marlone 22.86 peratus, dan juga pemain wanita Venezuela Daniuska Rodriguez dengan 10.01 peratus.

Gol yang dijaringkan itu merupakan gol keduanya ketika menentang Pahang dengan keputusan menang berpihak pada Pulau Pinang 4-1 pada bulan Februari 2016.

“Secara jujur saya ingin cakap tidak pernah terlintas di fikiran untuk berdiri di sini untuk anugerah terbaik, peringkat dunia dalam sukan bola sepak 2016,” ujar Faiz dalam ucapannya dalam Bahasa Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada persatuan bola sepak Pulau Pinang, Persatuan bola sepak profesional Malaysia, FAM, keluarga, ayah, ibu, dan kepada semua yang mengundi saya.”

Faiz dengan rasa rendah diri memberitahu kemenangan tersebut merupakan kenangan terindah yang pernah diberikan kepadannya.

Selepas namanya diumumkan oleh juara 3 kali berturut-turut Ronaldo Luis Nazario dari Brazil, Faiz kelihatan mula melangkah perlahan menuju ke arah pentas.

Bergaya dengan tuxedo hitam, dia kemudian melemparkan senyuman kepada penonton sambil itu mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mencari ucapan yang telah dikarang sebelum itu.

Perkara tersebut memakan masa semasa dia mencari ayat ucapan di dalam telefon, hos bersama yang berasal dari German Marco Schreyl bertanya, “Adakah anda perlukan bantuan?”

Pengacara bersama beliau yang merupakan aktres Hollywood Eva Longoria berbisik dengan berkata, “dia hanya melihat telefon.”

Walaupun ramai yang tidak yakin dengan skil bola sepak yang ditunjukkan oleh beliau ketika di dalam padang namun menurut Faiz, itu merupakan hasil titik peluh beliau di dalam menjalani latihan untuk memperbaiki mutu permainan bola sepaknya.

Tahniah di ucapkan kepada Faiz Subri! Komen di bawah!

Sumber: ESPN

BACA: Gim Terapung, Guna kudrat Pelanggan Untuk Bergerak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *