Elak Sakit Belakang Sebelum Terlambat

Sakit belakang adalah satu penyakit yang tidak asing lagi pada masa kini.

Jika dahulu, sakit belakang sering terjadi pada warga tua tetapi kini, golongan muda terutamanya suri rumah atau individu bekerjaya juga tidak terlepas daripada menghidapi penyakit ini.

Menurut pakar perubatan Ortopedik dan bedah, dr. Siow Yew Siong, sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal ( sistem saraf )

Jika seseorang itu mengalami sakit belakang, ia menandakan ada yang tidak kena dengan saraf.

Ia kerana, saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

Sakit belakang dibahagikan kepada dua jenis iaitu sakit yang akut (selama beberapa hari hingga minggu) dan kronik jika kesakitan berlarutan melebihi tiga bulan.

Bagi mengatasi masalah itu, ikuti cara-cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan punca sakit belakang.

ads-facial-bar

1. Senaman

Pergerakan dan senaman boleh membantu perkembangan tulang belakang. Antara senaman yang baik ialah senaman regangan, yoga, taici, berenang, pilates.

Tingkatkan kekuatan anda dengan senaman yang membabitkan seluruh badan terutamanya otot perut, belakang, paha dan pinggul.

Dengan berbuat demikian, anda boleh memperbaiki kedudukan badan dan bukan hanya dengan duduk untuk jangka masa yang panjang.

Elak Sakit Belakang Sebelum Terlambat

DoYouYoga.com

2. Tilam

Dapatkan tidur yang lena adalah cukup penting. Sekiranya anda tidur dalam posisi yang tidak tepat ataupun tidur di atas tilam yang tidak sesuai, ia boleh menyebabkan sakit belakang. Tilam yang baik sepatutnya memberikan sokongan kepada lengkok semulajadi tulang belakang.

Kajian menunjukkan, tilam yang separa empuk boleh membantu mengurangkan kesakitan belakang manakala jika tilam terlalu keras, ia akan memberi lebih tekanan pada belakang dan ini boleh memburukkan lagi keadaan.

Elak Sakit Belakang Sebelum Terlambat

Woman’s Day

ads-perfume-with-azrel

3. Berhenti merokok

Berhenti merokok kerana asap rokok akan mengurangkan aliran darah ke bahagian bawah tulang belakang dan menyebabkan cakera lebih mudah mengalami kemerosotan.

Kajian yang dilakukan oleh Jurnal Perubatan Amerika membuktikan bahawa perokok mempunyai kecenderungan untuk mendapat masalah sakit belakang berbanding dengan bukan perokok.

Nikotin boleh menyebabkan pengecilan urat darah dan menghadkan oksigen kepada tisu-tisu yang memerlukan, sekali gus menyebabkan rasa sakit dalam jangka masa yang lama.

Elak Sakit Belakang Sebelum Terlambat

Neatorama

4. Emosi

Mengawal emosi juga memainkan peranan dalam masalah sakit pinggang.

Jiwa berhubung dengan anggota badan. Sekiranya fikiran sedan bercelaru, ia akan memberi kesan yang negatif kepada badan anda.

Sesekali lakukanlah terapi seperti mengurut atau meditasi bagi menenangkan emosi dan menstabilkan keadaan diri.

Elak Sakit Belakang Sebelum Terlambat

IndiaBBC.com

Itu punca masalah sakit belakang anda. Mungkin selepas membaca artikel ini akan ada perubahan kehidupan anda dapat lakukan. Selamat mencuba!

Sumber: Kosmo

BACA: Usia 30, Rambut Semakin Gugur

Join us_New

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *