Ekspresi Lelaki Plus Size

Pinterest

Lelaki plus size seringkali dilihat tidak kemas. Ini menimbulkan imej yang negatif seperti pemalas dan lembab. Imej ini boleh diperbaiki dengan panduan ringkas ini.

Antara yang penting ialah tidak boleh memakai pakaian yang longgar. Ya, pakaian yang kita pakai perlu mengikut saiz badan kita. Orang yang berbadan besar sering memakai pakaian yang besar dari saiz badan yang sepatutnya. Ini akan membuatkan pemakai kelihatan selekeh.

Ada faktor keselesaan dan keyakinan diri di situ. Mengapa pakaian bersaiz besar ini sering dipakai ialah kerana lelaki plus size merasakan mereka boleh menyembunyikan lekuk-lekuk di badan dengan baik. Ditambah pula dengan faktor keselesaan. Sedangkan pakaian yang bersaiz besar inilah yang membuatkan imej negatif itu lebih terserlah.

Pakai pakaian yang sesuai dengan bentuk badan. Tidak terlalu ketat dan tiak terlalu longgar. Ini yang dikatakan sebagai fit. Memakai baju yang fit bermaksud memakai baju yang sesuai dengan bentuk badan.

Fashion Overt

Caranya ambil ukuran bahu, pinggang dan pinggul. Ini boleh dilakukan dengan meminta bantuan rakan atau keluarga. Apabila membeli pakaian gunakan ukuran ini. Orang yang berbadan besar selalunya hampir tidak dapat mencari pakaian dengan saiz standard M, L atau XL.Sebaliknya gunakan ukuran tadi dan lihat carta ukuran baju.

 Bawa ukuran badan ini setiap kali kita membeli pakaian. Setiap jenama baju ada carta ukurannya yang tersendiri.

Berkawan-kawanlah dengan promoter pakaian. Tanyakan carta ukuran baju dan bandingkan dengan ukuran diri sendiri. Ini lebih baik kerana kita membeli pakaian mengikut ukuran badan. Ia juga boleh menyeimbangkan bahagian atas badan dan bahagian tengah badan.

Pastikan juga seluar yang dipilih berpotongan lurus (straight cut). Potongan tapered cut tidka sesuai kerana bahagian kaki yang kecil akan membuat bahagian tengah badan dan bahagian bawah badan tidak seimbang.

Satu perkara yang saya suka sarankan ialah lelaki plus size memakai jaket. Jaket berbutang dua amat sesuai. Jaket akan menyembunyikan lekuk-lekuk badan dengan lebih berkesan.

Globe and Mail

Dengan mengetahui perkara-perkara ini, pakaian yang dibeli insyaAllah akan fit!

BACA: Ketahui Sebab Lelaki Gagal Temuduga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *