The Duke Retrobee Barber Battle 2016

Kerjaya sebagai tukang gunting rambut pada masa kini kian mendapat tempat dalam kalangan anak muda kerana ia bukan saja menampilkan kemahiran malah turut memberi pendapatan lumayan buat mereka yang menceburinya.

Berbeza dengan konsep salun, kedai gunting tradisional lebih santai, mudah, cepat dan dikhaskan kepada lelaki untuk merapikan diri serta wajah mereka.

Khidmat menggunting rambut di kedai kebiasaannya lebih murah berbanding di salun dan tidak dinafikan golongan muda lebih selesa memotong rambut di situ.

Baru-baru ini, seramai 37 tukang gunting rambut berkumpul di Petaling Jaya sempena pembukaan kedai TheDuke.My.

Menurut Faizul, Pengurus TheDuke.My, pada hari berkenaan turut diadakan Barber Battle antara tukang gunting rambut.

1

“Kesemua peserta datang dari seluruh pelosok negara antaranya Johor, Kuantan, Seremban, Penang, ipoh dan Terengganu.

“ Tujuan Barber Battle ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran produk sekali gus menjadi platform tukang gunting rambut seluruh Malaysia berkumpul,” katanya.

Faizul berkata, Barber Battle turut mendapat sponsor daripada Retrobee, Mensive, UptownPlayaz, Kadin Clothing, Dons, Lejen Press dan banyak lagi.

Antara artis yang datang ialah Tasha Shila, Lia Natalia, Drama Band, Funky Fresh dan Altimet.

6 9

Senarai nama pemenang ;

Kategori Freestyle :

1 2 3

1st place : Ahmad Bukhari (Mr Fade)

2nd Place : Aizat (Atatcuts)

3rd Place : Ajim (Joe’s Barber)

 

Classic Cut :

1 2 3

1st Place : Arie Yahya (Stailoon Barbershop)

2nd Place: Mizi (Kickstart)

3rd Place : Zaf (Joe’s Barber)

 

Fast Fade :

1 2 3

1st Place : Arie Yahya (Stailoon)

2nd Place : Apih (apihbarbershop)

3rd Place : Ahmad Bukhari (Mr Fade)

 

*sumber gambar dari The Duke MY

 

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *