Dron Boleh Dilipat DJI Mavic Pro Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM 4,299

Hanya beberapa minggu selepas pengumumannya, dron terbaru dari DJI iaitu DJI Mavic Pro boleh diperoleh di pasaran Malaysia pada bulan November ini menerusi pengedarnya ECS ICT. Mereka turut akan menawarkan satu lagi peranti baru iaitu Osmo Mobile.

DJI Mavic Pro merupakan dron terkini yang hadir dalam bentuk lebih kompak dan boleh dilipat dan lebih ringan. Jika DJI Phantom Pro seberat 1.4kg, DJI Mavic Pro hanyalah seberat 734 gram. Ini sekaligus memudahkan penggemar dron terbang yang biasanya menghadapi masalah dalam membawa dron ini kemana-mana. Turut menyertakan teknologi terkini adalah kamera 12 MP yang boleh merakam video pada resolusi 4K 30FPS dan jika merakam video 1080p, kadar FPS boleh ditingkatkan sehingga 96FPS bagi menghasilkan imej yang lebih sempurna.

Dron Boleh Dilipat DJI Mavic Pro Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM 4,299

Fungsi-fungsi lain yang terdapat pada dron DJI terdahulu termasuklah kawalan TapFly yang semudah menekan pada peta yang dipaparkan pada skrin, dan boleh mengelak halangan dengan sensor yang mengimbas permukaan sejauh 15 meter dan arah dron tersebut.

Sewaktu penerbangannya ia boleh mengesan permukaan bumi dan bergerak berdasarkan perbezaan ketinggiannya.

Dia boleh dikawal selaju 36 km/j dan dengan Sport Mode, ia boleh dilajukan sehingga 65 km/j. Tempoh penerbangannya pula adalah selama 27 minit, dalam kawasan lingkungan 7 kilometer.

Dron Boleh Dilipat DJI Mavic Pro Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM 4,299

Osmo Mobile pula ialah pemegang penstabil bagi telefon pintar yang memudahkan pengguna telefon pintar untuk merakam video dengan lebih stabil pada keadaan yang mencabar, seperti berlari atau menyangkutkannya pada badan. Produk ini disasarkan kepada penggiat video yang menggunakan telefon pintar sebagai alat utama untuk merakam karya mereka.

ads-pomade_updated

Kedua-dua produk ini akan dijual di pasaran tempatan dan diedarkan menerusi ECS ICT. Pemegang penstabil DJI Osmo Mobile akan dijual pada harga RM 1,299 bermula hari ini manakala dron kompak boleh dilipat DJI Mavic Pro akan dijual pada harga RM 4,299 bermula November hadapan termasuklah pengawal kawalan jauh OcuSync. Kedua-dua harga yang tersenarai ini tidak termasuk GST.

BACA: Perempuan Bayar Lebih Dari Lelaki Untuk Secawan Kopi

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *