Dituduh Gay, “Raja Kecantikan” Diculik Dan Dibunuh Secara Kejam

Aktor muda yang berasal dari Iraq, Karar Noshi, dilaporkan telah diculik dan dibunuh di Baghdad kerana gara-gara ia “terlihat mirip lelaki gay”.

Noshi merupakan mahasiswa lepasan sarjana di Universiti Seni Baghdad dan punya banyak penggemar di media sosial kerana rambut perangnya yang panjang dan gayanya yang unik.

Gambar hiasan: Al-Jazeera

Banyak yang memberikannya gelaran “Raja Kecantikan dari Iraq”.

Mayat Noshi dibuang di sebuah jalan di Baghdad tengah. Media Kurdistan 24 melaporkan bahawa ada bukti “dia telah disiksa dan ditikam dengan kejam”.

Orang telah mengeluarkan gambar yang didakwa sebagai mayat Noshi di laman Facebook.

Gambar hiasan: Al-Jazeera

Keluarga juga telah memastikan bahawa kematian Noshi pada hari yang sama ketika jenazahnya ditemukan.

“Ideologi (ISIS) masih aktif,” tulis Hussain Al-Iraqi dalam bahasa Arab di Twitter. “Anda ingin bukti? Pembunuhan Kakar Noshi.”

Aktivis hak asasi manusia Iraq yang berpengkalan di AS Faisal Al Mutar menulis di Facebook bahawa Noshi telah dibunuh kerana “dituduh gay“.

Gambar hiasan: Al-Jazeera

Dia juga menyalahkan kerajaan Syiah ekstrem atas kematian Noshi.

Noshi sebelumnya mengkritik komentar negatif tentang penampilannya, dengan mengatakan “raja kecantikan” Iraq yang sejati adalah “setiap pemuda yang berjuang dengan segenap kehormatannya untuk membela bangsa ini.”

Baca lagi: Tips Perundingan Mengenai Gaji Untuk “Fresh Graduate”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *