Disleksia Bukan Satu Kelemahan: 5 Bintang Hollywood Ini Sudah Buktikan Sebaliknya

Disleksia adalah satu keadaaan di mana seseorang itu mempunyai masalah untuk membaca dan memahami sesuatu perkataan ataupun simbol tetapi dalam masa yang sama ia tidak mengganggu kebolehan atau keupayaan yang lain. Namun begitu, bagi mana-mana individu yang menghidapi disleksia semasa kecil akan menyebabkan mereka akan dipandang rendah dan sentiasa dibuli oleh rakan sebaya dan kadangkala turut diabaikan oleh orang dewasa.

Hal ini akan menyebabkan penghidap disleksia akan hilang keyakinan diri gara-gara hidup dalam keadaan dibuli dan diabaikan.

Namun begitu, dalam artikel kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 5 bintang Hollywood yang sudah berjaya tetapi rupa-rupanya mereka adalah penghidap disleksia. Walaupun hidup dalam kesukaran sejak dari kecil, mereka berjaya atasi kelemahan ini dan akhirnya menjadi bintang terkenal yang dikagumi ramai.

Jom kita sama-sama lihat 5 bintang Hollywood yang merupakan penghidap disleksia ini.

Kredit foto: ww.bumm.sk

Tom Cruise

Tom Cruise atau nama sebenarnya Thomas Cruise Mapother IV adalah seorang penghidap disleksia. Beliau yang lahir pada tahun 1962 ini sering menjadi mangsa penderaan bapanya sendiri. Sebagai penghidap disleksia, apabila Tom Cruise gagal membuat sesuatu perkara dengan baik, beliau akan dipukul teruk oleh bapanya. Namun begitu, kini beliau adalah bintang Hollywood yang terkenal melalui filem-filem seperti ‘Top Gun’ dan ‘Mission Impossible’.

Baca lagi: Suka Main Drum? Inilah 5 Drummer Terhebat Sepanjang Zaman Sebagai Sumber Rujukan

Kredit foto: Instinctmagazine.com

Orlando Bloom

Bloom mula menjadi terkenal di Hollywood apabila beliau berlakon sebagai Legolas dalam filem trilogi ‘Lord of The Rings’. Kemudian, bakat beliau sebagai pelakon mula dihidu oleh prodesur-prodesur filem yang lain menyebabkan beliau dipanggil untuk berlakon dalam filem ‘Pirates of Carribean’.

Di sebalik kehebatan Bloom ini, beliau sebenarnya seorang penghidap disleksia. Beliau sering memberi kata-kata semangat kepada kanak-kanak yang senasib dengannya agar menjadikan penyakit disleksia ini sebagai kekuatan untuk meneruskan kehidupan untuk mencapai kejayaan.

Kredit foto: Ohmymag

Keira Knightley

Keira Knightley telah disahkan menghidapi disleksia semasa beliau berumur 6 tahun. Namun begitu, beliau beruntung kerana mempunya ibu bapa yang prihatin dan sering memberi dorongan dan semangat kepadanya. Keira Knightley sudah meminati dunia lakonan sejak kecil dan ia telah dijadikan motivasi olehnya untuk belajar membaca.

Beliau akhirnya berjaya berlakon dalam filem yang hebat seperti ‘Pirates of Carribean’ dan kini merupakan antara artis Hollywood yang mendapat bayaran tertinggi apabila berlakon filem.

Kredit foto: Popwrapped.com

Steven Spielberg

Pengarah filem lagenda ini hanya disahkan sebagai penghidap disleksia semasa berumur sekitar 60 tahun. Semasa zaman persekolahannya, pihak sekolah menganggap beliau sebagai seorang kanak-kanak pemalas kerana gagal menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Steven Spielberg juga sering dibuli oleh rakan sekelasnya semasa zaman sekolahnya.

Namun begitu, insiden itulah yang memberinya idea untuk menghasil filem yang cukup hit iaitu ‘The Goonies’. Antara filem-filem lain yang turut menaikkan nama Steven Spielberg ialah seperti ‘Jurassic Park’ dan ‘Jaws’.

bintang hollywood

Kredit foto: Once Upon a Time Wiki

Whoopi Goldberg

‘Si Bodoh’. Itulah nama gelaran yang diberikan kepada Whoopi Goldberg oleh pelajar-pelajar lain di sekolahnya. Kegagalannya untuk belajar perkara-perkara di sekolah dengan baik adalah punca Whoopi Goldberg mendapat gelaran itu. Tetapi, beliau bernasib baik kerana mendapat ibu yang memahami dan ibunya sering menasihatinya agak mengabaikan ejekan itu dan mendorong beliau untuk mencapai apa yang beliau mahukan.

Kini, Whoopi Goldberg adalah seorang artis komedi yang cukup popular di Hollywood dan telahpun memenangi anugerah berprestij seperti anugerah Grammy dan juga Emmy.

Jika anda yang membaca artikel ini adalah insan yang menghidapi disleksia, kami mendoakan agar anda mampu menempuh sebarang halangan dan cabaran supaya berjaya dalam kehidupan. Kelemahan anda sepatutnya menjadi punca kekuatan anda untuk teruskan kehidupan kerana di sebalik kelemahan itu tersembunyi kelebihan dalam diri anda yang belum dipamerkan lagi.

Baca lagi: 5 Pemain Gitar Terhebat Sepanjang Zaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *