Di Malaysia dan Singapura, bos lelaki jadi pilihan pekerja

Pekerja di Malaysia, Singapura dan Hongkong lebih suka bekerja di bawah bos lelaki, menurut firma sumber manusia antarabangsa Randstad dalam kajian terbaharunya.

Sentimen itu lebih tinggi dibandingkan purata peringkat global yang mendapati 65% daripada responden lebih suka bos lelaki.

Di Malaysia, 73% lebih suka bekerja di bawah bos lelaki, manakala sentimen sama di Singapura pada 76% dan Hong Kong 78%.

Di kalangan pekerja wanita pula, 63% daripada mereka memilih bos lelaki. Peratusan itu ialah 74% di Singapura dan Hong Kong.

Sentimen lebih suka bekerja di bawah bos lelaki lebih kuat di Jepun dan Greece, di mana 80% memilih bos lelaki daripada wanita.

 Di Malaysia dan Singapura, bos lelaki jadi pilihan pekerja

www.pinterest.com

Kajian itu juga mendapati majoriti pekerja di seluruh dunia tidak menganggap wujud diskriminasi gaji antara lelaki dan wanita, dengan purata peratusan yang berpendapat sedemikian melebihi 80% di rantau ini.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Ranstad serantau, Michael Smith, berkata penemuan itu menrupakan “trend membimbangkan”.

ads-mens-grooming

“Sebagai seorang penyokong kuat kesamaan gender di tempat kerja, saya berharap sentimen ini berubah kepada lebih baik di tahun akan datang dengan perubahan struktur tradisi keluarga di mana pendapat hanya lelaki yang menjadi punca nafkhah kini mula dicabar di rantau ini,” katanya dipetik majalah HRM Asia, merujuk Malaysia, Singapura dan Hong Kong.

Komen di bawah jika anda ada sebarang perkongsian bersama pembaca Mensive yang lain.

BACA: Dron Boleh Dilipat DJI Mavic Pro Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM 4,299

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.