Detoksifikasi Bantu Turun Berat Badan

Detoksifikasi merupakan suatu proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran yang telah berada lama dalam badan kita.

Antara kotoran yang akan disingkirkan melalui proses tersebut ialah toksik, racun, lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia.

Melalui proses penyingkiran bahan kotoran itu, tubuh akan menjadi lebih sihat, berat badan lebih ideal serta bentuk tubuh badan lebih menarik.

Untuk melakukan proses detoksifikasi secara semula jadi, sekurang-kurangnya anda perlu minum lapan hingga 10 gelas air kosong atau bersamaan dengan dua hingga tiga liter air.

Bagi menambah perisa pada air kosong, anda boleh tambahkan beberapa bahan semula jadi yang bukan sahaja sedap untuk dinikmati malah, mengeluarkan toksin dengan cara selamat.

Ikuti beberapa resipi air detoksifikasi yang boleh dilakukan dalam masa singkat.

ads-hair-tonic

  1. Strawberi + kiwi + Daun pudina

Gabungan hirisan dua biji buah kiwi, strawberi dan tujuh helai daun pudina ke dalam jag minuman. Masukkan seketika di dalam peti ejuk untuk rasa lebih sedap. Kiwi kaya dengan vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin, manakala strawberi pula bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Detoksifikasi Bantu Turun Berat Badan

LewatMana.com

2. Lemon + Daun Pudina

Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan.

Detoksifikasi Bantu Turun Berat Badan

Lizarazak.com

3. Epal merah + epal hijau + kulit kayu manis

Masukkan hirisan sebiji buah epal merah dan epal hijau dengan sebatang kayu manis ke dalam jag berisi air. Masukkan dalam peti ais selama satu jam.

Anda boleh menggunakan bahan ini berulang kali sehingga 4 kali. Campuran bahan-bahan ini dapat membantu mengurangkan lemak, menurunkan paras kolestrol dan meningkatkan kadar metabolisma.

Detoksifikasi Bantu Turun Berat Badan

Info Obat Herbal

ads-facial-bar

4. Limau nipis + oren + lemon

Air detoksifikasi ini terhasil daripada setengah biji limau nipis, oren dan lemon yang diperah jusnya atau boleh juga dibiarkan terendam selama beberapa jam di dalam gelas yang berisi air kosong.

Amalan campuran air ini bukan sahaja dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh malahan memudahkan sistem pencernaan dan membantu melegakan pedih ulu hati.

Detoksifikasi Bantu Turun Berat Badan

Berat Badan

5. Strawberi + nanas+ cuka epal + daun basil

Cara yang paling selamat dan berkesan untuk mengurangkan tekanan adalah minum air detoksifikasi yang berkhasiat iaitu campurkan lima biji buah strawberi, setengah cawan nanas dipotong kecil, dua sudu besar cuka epal, lima helai daun basil dan beberapa kiub ais ke dalam jag yang berisi air.

Gaulkan kesemua bahan ini sehingga sebati dan nikmatilah air minuman yang menyegarkan ini dengan rasa sedikit masam dan manis.

Detoksifikasi Bantu Turun Berat Badan

Al-Baraqah.info

Itu antara resipi yang boleh kita ikut untuk pelbagai khasiat, jika anda ada sebarang cadangan boleh komen di ruangan bawah yang telah disediakan.

Sumber: Kosmo

BACA: Punca Lelaki Mati Pucuk

Join us_New

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *