DBKL Tuntut RM 27,373 Daripada Bersih

20150830_may_bersih_05_620_412_70

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menghantar bil tuntutan kerosakan landskap dan kerja membaik pulih berjumlah RM27,373.66 kepada penganjur perhimpunan Bersih 5.0 dan Baju Merah sebelum hujung minggu ini.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mohd Saufi Muhammad berkata, daripada jumlah itu, nilai kerosakan landskap adalah sebanyak RM26,500 manakala selebihnya bagi bil pembersihan di Padang Merbok.

ads-perfume-with-azrel

 

Katanya, DBKL tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua penganjur jika mereka gagal membayar bil yang akan dikeluarkan.

“Kita tahu kumpulan ini berada di mana, sebab kita rakam semua pergerakan mereka. Jadi berdasarkan kepada bukti yang kami ada, di mana mereka (penganjur) ada, mereka kena tanggung kos yang kami akan hantar nanti,” katanya.

Tuntutan itu dibuat berikutan perhimpunan haram yang dilakukan oleh kumpulan Bersih kuning dan juga merah yang mengakibatkan kerugian kepada sesetengah kedai yang terpaksa tutup kerana khuatir dengan keselamatan mereka.

Komen di bawah!

Sumber: Harian Metro

BACA: Kanye West Masuk Hospital Kerana Tertekan

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.