Dato Siti Nurhaliza Terpaksa Menyanyi Hang Pi Mana Ekoran Pahang Tewas

Penyanyi nombor satu negara pernah menyatakan jika pasukan Pahang tewas pada Piala FA menentang Kedah maka dia akan menyanyikan lagu popular kumpulan Khalifah iaitu Hang Pi Mana. Yang paling lawak adalah lagunya dinyanyikan dalam loghat Kedah.

Diingatkan Dato Siti tidak perlu menyanyikan lagu tersebut kerana kelihatan pasukan Pahang seperti sukar untuk diasak kehebatannya namun akhirnya Kedah berjaya juga membolosi pertahanan kumpulan Pahang.

Gambar hiasan: Budiey

Makanya terpaksalah beliau melaksanakan janji yang telah diwar-warkan sebelum ini melalui radio Era. Memanglah Dato Siti pun kurang lancar lagu tersebut berikutan memasukkan loghat Kedah bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun atas dasar professional Dato Siti tetap juga menyampaikan lagu tersebut dan hasilnya seakan-akan dangdut yang comel. Berikutan itu, video itu menjadi viral dan ramai yang memperkatakan mengenainya.

Gambar hiasan: Rotikaya

Kemunculan Dato Siti dalam konti radio Era itupun bertujuan untuk mempromosikan album terbaru beliau iaitu SimetriSiti yang berada di pasaran semenjak 10 Mei tempohari.

Album yang mempertaruhkan single utama Segala Perasaan itu menjadi antara album yang hangat diperkatakan pada tahun ini.

Gambar hiasan: Budiey

Tahun ini juga nama Dato Siti turut meniti di bibir peminat berikutan persembahan live di Anugerah Bintang Popular yang hangat diperkatakan.

Bukan sahaja itu malah Dato Siti juga turut terlibat dalam persembahan live Gema Gegar Vaganza dan turut tercalon untuk Big Apple Music Awards pada tahun ini. Semoga berjaya.

Baca lagi: Who’s The Boss Bakal Direboot Semula Oleh Netflix

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.