Daripada Penjual Hot Dog Ke Bintang Youtube – Inilah Kisah Kejayaan PewDiePie

Kemunculan Awal PewDiePie Dalam Dunia Youtube

Pada awalnya, PewDiePie atau nama sebenarnya Felix Arvid Ulf Kjellberg mendaftarkan nama PewDie untuk akaun Youtube miliknya. Pew itu membawa maksud bunyi tembakan laser manakala Die itu membawa maksud mati. Namun begitu, memandangkan beliau terlupa password untuk akaun PewDie, beliau telah membuat akaun Youtube yang baru bernama PewDiePie pada 29 April 2010.

Kredit foto: Daily Mail

Pada ketika itu, PewDiePie sedang menyambung pengajiannya di Chalmers University of Technology di mana beliau mengambil ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi industri dan pengurusan teknologi. Namun begitu, pada tahun 2011, PewDiePie mengambil keputusan untuk berhenti belajar demi memberi fokus sepenuhnya kepada kariernya di Youtube.

Tindakan PewDiePie ini tidak mendapat sokongan kedua-dua ibu bapanya. Lalu, mereka bertindak untuk tidak mahu menyara kehidupan PewDiePie. Akibatnya, PewDiePia terpaksa bekerja sebagai penjual hotdog untuk menyara kehidupannya dan seterusnya meneruskan kariernya sebagai pembuat video di Youtube.

Baca lagi: Inilah Kisah Pemain Esports Termuda Yang Berjaya Menjadi Jutawan

Kredit foto: Youtube

PewDiePie memfokuskan kepada penghasilan video tentang video game. Di dalam videonya, PewDiePie akan berkongsi dengan para penontonnya di Youtube tentang pengalaman beliau bermain sesebuah video game.

Ia bukanlah sebuah perkongsian yang biasa dan mendatar. PewDiePie menggunakan gaya yang begitu santai dan penuh unsur komedi untuk menarik perhatian para penonton agar terus bersamanya, melihatnya bermain video game sehingga ke minit-minit terakhir videonya.

Kredit foto: Timetoast

PewDiePie pun pada awalnya tidak mengetahui bahawa beliau boleh membuat duit apabila meletakkan video di Youtube. Ini kerana, apa yang dilakukannya adalah semata-mata kerana minat dan keghairahannya terhadap video game dan juga rasa ingin berkongsi kepada peminat-peminat video game di luar sana.

Pada hujung Disember 2011, channel PewDiePie berjaya mengumpul 60,000 subcribers. Kemudian, apabila channel PewDiePie sudah mencecah 700,000 subscirbers, beliau telah dijemput untuk memberi perkongsiannya tentang kerjayanya di Youtube di Nonick Conference pada tahun 2012.

Kredit foto: Animo Apps

Channel PewDiePie mencecah 1 juta subscribers pada 11 Julai 2012 dan pada bulan September tahun yang sama, ia telah mencecah 2 juta subscribers. Ini menyebabkan channel PewDiePie dinobatkan channel nombor satu di Youtube oleh OpenSlate pada Oktober 2012.

Bermulanya Era Kecemerlangan PewDiePie

Tindakan PewDiePie untuk berhenti belajar di universiti dan meneruskan kariernya dalam dunia Youtube boleh dikatakan satu tindakan yang bijak. Setelah mendapat kejayaan-kejayaan kecil pada tahun 2012, PewDiePie mengorak langkah yang semakin jauh melalui kariernya sebagai bintang Youtube.

Kredit foto: Getty Images

Pada bulan Februari 2013, bilangan subcribers channel PewDiePie sudahpun mencecah 5 juta dan kemudian pada bulan April, PewDiePie telah ditemuramah oleh ‘The New York Times’ selepas channel Youtube miliknya berjaya mendapat 6 juta subscribers.

PewDiePie turut menerima anugerah ‘Swedish Social Star’ dalam majlis Starcount Social Stars Awards yang telah berlangsung di Singapura pada bulan Mei 2013. Anugerah ini telah melonjakkan lagi nama PewDiePie apabila channel Youtube miliknya berjaya mengumpul 10 juta subscribers pada bulan Julai 2013.

Baca lagi: 5 Sebab Kenapa Lelaki Suka Main Video Games Berjam-jam Lamanya

Kredit foto: Google

PewDiePie sendiri tidak menyangka bahawa beliau akan mencapai kedudukan ini memandangkan beliau hanya membuat perkara ini untuk suka-suka sahaja dan demi memenuhi minatnya.

Ben Donovan daripada Makers Studio telah mengatakan bahawa PewDiePie adalah bukti bahawa seorang content creator di Youtube boleh memberi impak yang besar kepada manusia di seluruh dunia dengan menggunakan kesungguhan dan kreativiti dalam penghasilan sesebuah video.

Kredit foto: Kabukis

Di penghujung tahun 2013, jumlah subscribers PewDiePie telah mencecah bilangan 15 juta dan channel Youtube PewDiePia juga adalah antara channel yang paling cepat berkembang dalam tahun 2012 sehingga 2013.

Mengikut kiraan, setiap 1.037 saat, seorang penonton video di Youtube akan menjadi subscriber channel PewDiePie. Jumlah tontonan video PewDiePie di Youtube juga sudah mencecah 1.3 bilion pada tahun 2013 sahaja.

PewDiePie Terus Melangkah Jauh

Pada tahun 2014, karier PewDiePie terus berkembang dengan baik. Kejayaannya membina pengaruh di Youtube telah menarik minat beberapa syarikat untuk berkolaborasi dengannya. Antaranya ialah syarikat Makers Studio.

Kredit foto: Google Play

Syarikat ini telah bekerjasama dengan PewDiePie dengan menghasilkan sebuah aplikasi untuk telefon bimbit iPhone di mana aplikasi ini membolehan para peminat PewDiePie menonton video beliau, mereka video pilihan mereka dan juga berkongsi video dengan orang lain.

Dalam tahun 2014 sahaja, PewDiePie berjaya mengumpul sebanyak 14 juta subscribers untuk channel Youtube miliknya dan jumlah tontonan untuk video-videonya berjaya mencecah 4.1 bilion tontonan. Jumlah ini adalah terbanyak pada tahun itu berbanding pengguna-pengguna Youtube yang lain.

Kredit foto: Tubefilter

Tahun 2015 juga menunjukkan perkembangan positif untuk karier PewDiePie di Youtube apabila direkodkan bahawa setiap bulan, video-video beliau di Youtube akan mencecah jumlah tontonan sebanyak 300 juta dan pada bulan September 2015, akaun Youtube PewDiePie menjadi akaun pertama yang berjaya mendapat 10 bilion jumlah tontonan.

Kini, dalam tahun 2016, bilangan subscribers channel PewDiePie hampir mencecah 50 juta. Dikatakan, PewDiePie akan membuang channel beliau apabila bilangan subscribers channel miliknya mencecah tepat-tepat 50 juta subscribers. Sama ada perkara ini benar atau tidak, kita nantikan bersama apabila bilangan itu berjaya dicapai.

Baca lagi: Inilah Dadah Yang Menjadikan Pemain Esports Semakin Power

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *