Dalai Lama Mendedahkan Strategi Hebat Untuk Mengawal Kemarahan

Sumber gambar: Ideapod.com

Dalai Lama ialah seorang lelaki yang dikenali banyak berkongsi tentang hikmah dan pencerahan dalam kehidupan. Jadi anda tidak akan terfikir bahawa sebenarnya dia seorang yang cepat panas baran.

Tetapi bukan itu yang menjadi soalnya. Dalam temu bual baru-baru ini, Dalai Lama mendedahkan bahawa dia sama seperti kita, yang kadang-kadang cepat marah.

Menurut beliau, “Anda tidak akan pernah berhenti menjadi marah tentang perkara-perkara yang kecil. Dalam kes saya, ia adalah apabila kakitangan saya melakukan tugasan dengan cuai, barulah saya akan meninggikan suara saya. Tetapi selepas beberapa minit, ianya akan berlalu.”

Kuncinya adalah melepaskan kemarahan

Kata-kata Dalai Lama membongkarkan banyak tentang cara bagaimana untuk mengawal perasaan marah ketika ia datang. Walaupun begitu, beliau menyarankan untuk tidak cepat panas baran akan hal yang remeh, bagi mengelakkan timbulnya sifat pemarah.

Walau bagaimanapun, Dalai Lama memberitahu bahawa ia adalah normal untuk berasa marah. Kita semua ialah manusia.

Kuncinya ialah supaya tidak memendam kemarahan anda. Rasakan ia sepenuhnya, dan biarkan ia berlalu pergi.

Sumber gambar: guystuffcounseling.com

Dalai Lama berkata, “Kemarahan atau kebencian adalah ibarat seperti umpan nelayan. Ia adalah sangat penting untuk memastikan supaya kita tidak termakan dengan umpan tersebut.”

Jika anda dibelenggu dengan kemarahan, bahayanya adalah seperti berikut:

“Kemarahan adalah pemusnah sebenar kualiti sifat baik manusia, musuh dengan senjata tidak boleh memusnahkan kualiti ini, tetapi sifat marah boleh lakukannya. Kemarahan adalah musuh sebenar kita.”

Bagaimana untuk menangani kemarahan

Sumber gambar: intelligentinvestor.com

Dalai Lama telah berkongsi perspektif beliau mengenai kemarahan sebelum ini. Katanya, “Kita tidak boleh mengatasi kemarahan dan kebencian hanya dengan memendamnya. Kita perlu aktif memupuk penawar kepada kebencian iaitu kesabaran dan toleransi. Apabila kita terlibat dengan amalan kesabaran dan toleransi ini, hikmahnya nanti adalah anda akan dapat menjadikan ia sebagai senjata utama untuk memerangi sifat marah dan benci. “.

Anda tidak boleh menyekat perasaan marah anda. Oleh itu rasakan ia sepenuhnya, kemudian biarkan ia dinyatakan dan hilang melalui anda . Itulah cara untuk menanganinya.

“Saya percaya bahawa ucapan secara umum, kemarahan dan kebencian adalah jenis-jenis emosi yang mana jika anda membiarkannya tanpa kawalan atau tanpa pengawasan, ianya akan cenderung untuk memburukkan dan terus membesar dalam jiwa. Jika anda hanya membiarka saja emosi itu terbiasa dalam diri anda, ianya akan cuma menguatkan lagi perasaan itu, dan bukan mengurangkannya. Jadi saya merasakan bahawa jika anda lebih banyak memupuk sifat berwaspada dan bersungguh untuk mengurangkan tahap kekuatan emosi tersebut, maka ia akan menjadi lebih baik untuk anda.”

Kemarahan timbul daripada fikiran yang bermasalah

Dalai Lama mendedahkan lagi dengan lebih lanjut mengenai bagaimana kemarahan timbul daripada fikiran yang bermasalah.

Sumber gambar: helpyourteennow.com

“Perasaan marah dan kebencian timbul daripada fikiran yang bermasalah yang disebabkan oleh rasa tidak puas hati. Jadi anda boleh bersedia lebih awal untuk masa akan datang dengan membina kekuatan dalaman secara konsisten dan memupuk lebih semangat kebaikan serta kesabaran. Ini akan menghasilkan suatu ketenangan minda yang tertentu yang boleh membantu mencegah kemarahan daripada menjadi nombor satu dalam kawalan emosi. Jika anda menghadapi satu situasi yang membuatkan anda rasa marah, anda perlu terus bertahan dengan perasaan marah anda dan cuba untuk menganalisis situasi. Siasat apakah faktor yang menimbulkan keadaan marah atau benci. Kemudian buat analisis dengan lebih mendalam dan lihat sama ada ia adalah suatu tindak balas yang sesuai pada situasi serta pastikan sama ada ianya membina situasi atau merosakkan situasi. Dari situ anda telah membuat satu usaha untuk mendisiplinkan emosi anda, secara tidak langsung akan menjadi suatu penawar untuk mengekang emosi negatif melalui pemikiran yang sabar dan bertoleransi ”

Inilah sebabnya mengapa kesabaran dan toleransi adalah kunci utama. “Memandangkan kesabaran atau toleransi datang dari kebolehan untuk kekal kukuh dan teguh tanpa dipengaruhi oleh situasi negatif atau keadaan yang sedang dihadapi, kita tidak harus melihat toleransi atau kesabaran sebagai satu tanda kelemahan atau kerendahan, tetapi sebaliknya sebagai tanda kekuatan yang wujud dari keupayaan yang mendalam untuk kekal teguh. Merespon kepada situasi dengan kesabaran dan toleransi melibatkan kekangan yang  lebih aktif yang terhasil dari minda yang kuat dan berdisiplin dibandingkan apabila memberi  reaksi melalui rasa marah dan benci.”

BACA: Kantoi Apabila Ditangkap Bercium Dengan Ryan Reynold, Andrew Garfield Mengulas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *