Ciri Rakan Sekerja Yang Tidak Boleh Untuk Anda Percayai

Di dalam dunia pekerjaan anda akan bertemu dengan pelbagai jenis orang yang akan menjadi rakan sekerja anda. Namun begitu tidak semua rakan sekerja anda yang boleh untuk anda mempercayainya dengan sepenuh hati.

Rambut sama hitam hati pula lain, namun berpegang pada kata-kata tersebut sememangnya wujud pelbagai jenis orang yang akan menjadi rakan sekerja kita. Oleh itu haruslah sentiasa berwaspada agar kepercayaan itu tidak memakan diri.

Agar dapat mengetahui mana rakan kerja yang boleh dipercaya dan tidak, berikut beberapa jenis rakan kerja yang tidak boleh anda percayai:

Gambar hiasan: Business News Daily

1. Dia terlalu sering bergosip

Apakah ada antara rakan kerja anda yang sering membicarakan mengenai kekurangan orang lain? Orang yang sering bergosip tentang kekurangan orang lain merupakan orang yang tidak boleh anda percayai. Mungkin saja di belakang anda, ia juga bergosipkan hal buruk tentang anda.

Gambar hiasan: Top 10s

2.Dia sering kali berbohong

Pernahkah rakan kerja yang melewatkan pekerjaan dengan alasan ada pekerjaan yang mendesak, tetapi ternyata anda melihatnya sedang lunch bersama kekasihnya sampai melewati batas waktu makan tengahari? Hal ini boleh menyebabkan krisis kepercayaan terhadap rakan kerja anda.

Gambar hiasan: Blogger

3. Hasil kerja kumpulan yang diakui sebagai hasil kerjanya sendiri

Seorang psikologi, Nikki Martinez, mengatakan bahawa mengakui hasil pekerjaan kumpulan sebagai pekerjaannya sendiri adalah salah satu hal yang harus anda berwaspada. Hal ini mempunyai erti bahawa rakan kerja tidak menghargai hasil kerja anda dan anggota kumpulan

Maka berhati-hatilah dalam dunia pekerjaan kerana anda bakal bertemu dengan pelbagai ragam manusia yang menjadi rakan sekerja anda.

Apa yang anda harus lakukan adalah berwaspada dan bersabar agar diri anda tidak termasuk dalam kategori orang yang suka berbuat hal tidak senonoh di kawasan pejabat.

Baca lagi: Menangani Masalah Sampai Ke Tempat Kerja Lewat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *