Ciri Keselamatan Dalam Kapal Terbang

Ciri Keselamatan Dalam Kapal Terbang

Wikiwand

Kapal Terbang merupakan medium pengangkutan paling selamat di dunia jika dinilai mengikut statistik kemalangan maut. Pengangkutan udara adalah 61 kali ganda lebih selamat berbanding kereta. Malah, berjalan kaki adalah lebih 60 kali bahaya berbanding menaiki kapal terbang.

Begitupun, sejak kebelakangan ini, kekerapan kemalangan udara yang berlaku di seluruh dunia telah menghantui dan menakutkan para penumpang.

Hal ini kerana, penumpang tidak mempunyai keupayaan untuk mengawal atau memandu kapal terbang bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Walaupun penumpang tidak dapat menentukan keselamatan kapal terbang itu, mereka masih boleh memainkan peranan untuk menyelamatkan nyawa seandainya berlaku kecemasan.

Minggu ini, kami ingin berkongsi amalan-amalan yang boleh dipraktikkan oleh para penumpang sewaktu menaiki kapal terbang.

#1. Pakai pakaian terbaik

Ciri Keselamatan Dalam Kapal Terbang

Sewaktu menaiki kapal terbang, anda digalakkan untuk mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kain pasa atau campuran bulu. Kedua-dua jenis kain ini adalah kalis api secara semula jadi. Anda juga digalak untuk mengenakan pakaian yang longgar dan selesa bagi memudahkan pergerakan ketika kecemasan.

#2. Sediakan kit pantas

Ciri Keselamatan Dalam Kapal Terbang

Kit ini berfungsi untuk menyimpan semua barangan berharga dan dokumen penting seperti dompet, pasport, kad kredit, kad  bank dan telefon bimbit. Sekiranya berlaku kecemasan, anda tidak panik untuk mencari barang-barang ini.

#3. Waspada penggunaan gajet

Ciri Keselamatan Dalam Kapal Terbang

The Verge

Sesetengah penumpang gemar membawa peralatan elektronik seperti telefon bimbit, tablet dan komputer riba sewaktu menaiki kapal terbang. Sebelum menaiki kapal terbang, pastikan peralatan elektronik anda berada dalam keadaan baik dan guna pengecas serta bateri yang diluluskan oleh pengeluar.

#4. Beri perhatian ketika tayangan video keselamatan

Ciri Keselamatan Dalam Kapal Terbang

Reader’s Digest

Walaupun anda telah menonton video keselamatan sebanyak 1,000 kali, ia tetap penting dan wajar diberi perhatian. Ini kerana, setiap kapal terbang adalah berbeza seperti kedudukan pintu keluar dan jenis peralatan kecemasan yang disediakan.

Anda juga digalakkan supaya sentiasa membaca dan melihat penerangan yang diletakkan di depan tempat duduk.

#5. Pastikan kerusi pada kedudukan tegak ketika berlepas dan mendarat

Ciri Keselamatan Dalam Kapal Terbang

Huffington Post UK

Satu kajian yang dilakukan Boeing menunjukkan bahawa pada 2004 sehingga 2013, dianggar 58 peratus penumpang yang maut dalam penerbangan, berlaku sewaktu mendarat, manakala 22 peratus semas berlepas.

Sekiranya kerusi ditegakkan, ia dapat memberi ruang yang selesa dan selamat kepada penumpang di belakang anda jika berlaku sebarang kecemasan. Penumpang juga akan menggunakan ruang itu untuk menunduk kepala jika berlaku kecemasan.

#6. Hormati tugas atendan penerbangan

Ciri Keselamatan Dalam Kapal Terbang

Huffington Post

Atendan penerbangan dilatih untuk menyelamatkan nyawa penumpang sewaktu berlaku kecemasan. Justeru, sentiasalah berbuat baik dengan atendan penerbangan kerana mungkin anda memerlukan khidmat mereka.

Bukan mudah tau kerja sebagai atendan ni, selaku juruterbang juga harus memainkan peranan besar di dalam melakukan pendaratan dan pelepasan dengan baik. Komen di bawah!

Sumber: Kosmo

BACA: Oh! Inilah Sebab Kapal Terbang Warna Putih

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *