Cinta Suami Orang? 5 Perbezaan Lelaki Bujang & Lelaki Dah Berkahwin!

Cinta Suami Orang? 5 Perbezaan Lelaki Bujang & Lelaki Dah Berkahwin!

Sekarang ni ramai wanita tertipu dan jatuh cinta dengan status lelaki ‘suami orang’. Bercinta lepas tu sampai ke jinjang pelamin. Tapi rupa-rupanya jejaka tersebut dah berkahwin rupanya.

Ramai wanita tidak dapat bezakan sama ada lelaki itu bujang atau sudah berkahwin.

Sebelum buat keputusan nak berkahwin, perhatikan 5 ciri lelaki bujang dan lelaki yang sudah berkahwin.

ads-hair-tonic

Lelaki Bujang

1. Suka curi-curi pandang dan apabila kamu mula perasan si dia akan rasa malu kerana perbuatannya sudah diketahui.

2. Jantung lelaki bujang akan berdegup lebih kencang apabila melihat wanita yang mereka suka dan perbuatannya akan seperti kelam kabut sedikit.

3. Suka menunjukkan kelebihan yang ada seperti bakat dan gaya gentleman hanya untuk menarik perhatian si perempuan.

4. Hati si bujang lebih sensitif dan akan sering menghubungi pasangannya untuk menceritakan jika ada sesuatu yang berlaku pada hari tersebut.

5. Rasa teruja akan dapat dilihat apabila kamu (wanita) bercakap dengan si dia dan secara tidak langsung dia akan mula memuji kamu terutama tentang kecantikan.

Cinta Suami Orang? 5 Perbezaan Lelaki Bujang & Lelaki Dah Berkahwin!

Lelaki Sudah Berumah Tangga

1. Mudah tertarik dan suka melihat bentuh tubuh badan wanita. Apabila kamu melintasi atau menarik pandangannya, si dia akan selalu memandang kemana sahaja kamu pergi atau berada.

2. Si dia akan duduk bersahaja dan buat seperti tiada apa berbanding dengan si bujang.

3. Si dia juga akan lebih bersemangat jika kamu (wanita) mula memberi respon terhadapnya dan waktu itu sesi ‘jual minyak’ akan terjadi.

4. Lelaki yang sudah berumah tangga ini biasanya akan diam dan dengar apa yang kamu katakan kerana bagi si dia, perlu tahu apa yang penting sahaja untuk dia menambat hati kamu.

5. Jangan terkejut jika si dia cari kamu bila perlu sahaja dan bila dia mahu untuk bermanja kerana si dia juga perlu memberi perhatian kepada si isteri dan anak-anak di rumah. Kebanyakkan suami orang akan diam dan akur apa sahaja yang kamu inginkan atau katakan.

BACA: 6 Tips Untuk Menentukan Gaya Peribadi Anda

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *