Chris Cornell “Audioslave” Dinyatakan Mati Bunuh Diri

Penyebab kematian pemuzik Chris Cornell akhirnya telah pun terbongkar. Pihak berkenaan yang melakukan autopsi terhadap mayat Cornell menyatakan vokalis Audioslave dan Soundgarden itu meninggal dunia kerana sebab bunuh diri dengan cara menggantung diri.

Ramai yang tidak menyangka penyanyi tersebut sedang bergelut dengan masalah kemurungan yang agak teruk hingga membawa kepada bunuh diri.

Gambar hiasan: E News

Dipetik dari laman Ace Showbiz, hasil autopsi diumumkan pada Khamis (18/5/2017) setempat setelah Cornell ditemukan maut di sebuah bilik hotel di Detroit. Mendiang menginap di hotel tersebut setelah mengadakan konsert di sekitar.

Beliau dikatakan sedang mengadakan konsert ketika itu dan menginap di sebuah bilik di hotel berdekatan.

Gambar hiasan: E News

Menanggapi hasil autopsi ini, isteri kepada Cornell, Vicky Cornell sangat terkejut. Selama ini, dia mengaku tak pernah melihat tanda-tanda sang suami mengalami kemurungan.

Terakhir, Vicky bertemu dan berbicara dengan suami saat soundcheck sebelum dia tampil di Detroit pada Rabu (17/5/2017). Selesai tampil, mereka juga masih sering berkomunikasi.

Gambar hiasan: E News

Pada Khamis paginya, Vicky  menghubungi Cornell yang masih berada di dalam bilik hotel. Dia kemudian meminta seseorang untuk menghubungi petugas bahagian hotel.

Kematian mendadak Cornell memang cukup menggemparkan arena muzik dunia. Di hari kematiannya, nama Cornell jadi topik yang trending di Twitter sedunia.

Baca lagi: 4 Maskot Fast Food Ini Jika Dibuat Karakter Anime Malah Tampak Lebih Hebat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.