(Bola Sepak) 4 Sebab Mengapa Chelsea Mahukan N’golo Kante

Sebelum ini, tiada orang yang begitu mengenali N’Golo Kante. Pemain berusia 25 tahun dan berasal dari Perancis ini kini menjadi pemain yang begitu terkenal setelah membantu Leceister City memenangi Liga Perdana Inggeris musim 2015/2016.

N’Golo Kante sebelum ini bermain di kelab Caen di Perancis dan telah dibeli oleh Leceister City pada tahun 2015. Nilai perpindahannya pada masa itu ialah 5.6 juta pound. Dek kerana kehebatannya di Leceister City, Chelsea di bawah bimbingan pengurus baru, Antonio Conte, telah membeli Kante pada nilai perpindahan 32 juta pound.

Apakah yang menyebabkan Chelsea sanggup menghabiskan duit sebanyak itu untuk membeli Kante? Menurut Eurosport.com, terdapat 4 sebab mengapa Chelsea mahukan N’Golo Kante.

1. Top player liga perdana inggeris

Kredit foto: www.gettyimages.com

N’Golo Kante adalah antara pemain terhebat Liga Perdana Inggeris musim 2015/2016 kerana kehebatannya memiliki stamina yang cukup tinggi. Kante mampu berlari ke seluruh kawasan padang semasa permainan tanpa mengenal erti penat. Claudio Ranieri pernah mengatakan Kante ini adalah seperti kuda akan berlari dan terus berlari tanpa kepenatan. Jika kehebatan Kante ini boleh membantu Leceister City menjadi juara, bayangkan pula jika dia bersama Chelsea yang sudah lama tidak memenangi sebarang piala. Pasti mengkagumkan!

2. Diakui oleh alex fergusan dan arsene wenger

Kredit foto: www.gettyimages.com

Apabila seseorang pemain itu dipuji oleh dua pengurus lagenda ini, tentunya ia membawa maksud yang baik. Alex Ferguson mengatakan bahawa Kante adalah pemain terbaik dalam Liga Perdana Inggeris pada musim 2015/2016. Kenyataan Ferguson juga telah disokong oleh Arsene Wenger di mana Wenger mengatakan bahawa Kante ada penyumbang terbesar dalam Leceister City.

3. Sama gaya dengan conte

Kredit foto: www.gettyimages.com

N’Golo Kante dikatakan memiliki cara permainan yang sama seperti Antonio Conte, pengurus Chelsea. Pada zaman Conte bergelar sebagai pemain, Conte bukanlah pemain yang sering menjaringkan gol, tetapi beliau adalah pemain yang gemar mencipta peluang kepada rakan-rakannya untuk menjaringkan gol. Peranan ini sama seperti yang dimainkan oleh Kante. Jika Conte mahukan permainan berbentuk high-pressing seperti pasukan Itali dalam Euro 2016, maka Kante adalah calon yang sesuai untuk realisasikan cara permainan ini.

4. Bantu fabregas dan ketepikan matic

Kredit foto: www.gettyimages.com

Kedatangan Kante ke dalam skuad Chelsea akan membantu Fabregas menjalankan peranannya dengan baik yakni sebagai pembantu penyerang. Sebelum ini Fabregas agak sukar untuk membantu penyerang mencipta peluang membuat jaringan kerana posisinya yang agak ke dalam. Dengan adanya Kante, Fabregas boleh memainkan peranan sebenarnya. Kante juga akan menyebabkan Nemanja Matic tidak senang duduk kerana kedudukannya telah tergugat. Pada musim lepas, prestasi Kante berada pada tahap yang lebih baik berbanding Matic. Kante juga bukan sekadar mampu menjadi pemain tengah, malah mampu membantu barisan pertahanan menangkis serangan lawan. Kante sememangnya lebih versatil berbanding Matic.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *