‘Charmed’ Musim Terbaru Kini Hampir Siap Dihasilkan Untuk Tayangan 2017

Di tengah suasana kebanyakan siri drama terdahulu yang dibuat semula untuk ditayangkan dalam versi terbaru, siri popular 90-an “Charmed” juga tidak terkecuali dari menjadi bualan hangat peminat agar dibuat semula.

Baru-baru ini Entertainment Weekly turut mengabarkan bahawa CBS sedang giat untuk menggarap musim terbaru dari siri television “Charmed”. Siri drama yang merupakan kisah mengenai dunia supernatural dan sihir ini ternyata sangat popular dan menjadi salah satu siri terunggul pada tahun 1998.

Gambar hiasan: Playbuzz

Malah yang terbaru ini dengar-dengar ada usaha untuk mengembalikan siri kegemaran ramai ini tetapi melalui siaran CW di mana mereka akan menggunakan kesemuanya muka baru sebagai watak utamanya.

“Charmed” mengisahkan tentang 3 wanita jelita yang memiliki kemampuan sihir dan kuasa untuk mengalahkan kuasa jahat. Di musim terbarunya ini, mereka bertiga dikatakan akan cuba untuk mengharungi kehidupan baru sebagai manusia normal yang hidup di tengah pinggiran kota.

Gambar hiasan: Spoiler TV

Namun berita ini mendapat sambutan yang baik mahupun negatif kerana pertukaran watak dengan menggunakan pelakon baru pada mereka akan merosakkan inti cerita itu sendiri.

Siri drama yang menemui kejayaan mulai pada tahun 1998 hingga 2006 ini dibintangi oleh pelakon popular television iaitu Shannen Doherty, Holly Marie Combs dan Alyssa Milano. Di musim ketiga, posisi Doherty sempat digantikan oleh Rose McGowan. Dengarnya, musim terbaru ini jalan ceritanya telah pun disiapkan oleh Chris Keyser dan Sydney Sidner.

Gambar hiasan: Spoiler TV

Namun begitu hasrat peminat fanatik siri drama tersebut tidak kesampaian kerana mereka tidak akan mengembalikan watak-watak kesayangan mereka ke dalam siri “Charmed” yang kali ini.

CW mendakwa siri “Charmed” yang terbaru ini tiada kaitan dengan siri drama original yang sebelumnya kerana kali ini ia akan berlatarbelakangkan tahun 1796 ketika nenek moyang Halliwell mula-mula mendapatkan kuasa sihir mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *