Cerahkan Harapan Mendapat Kerja Dengan Meletakkan 8 Hobi Ini Dalam Resume Anda

Sebelum ini, ada yang pernah menasihatkan agar tidak meletakkan ruangan ‘hobi’ di dalam resume kerja kerana ruangan itu patut diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan mungkin juga boleh membuang masa para penemuduga anda.

Tetapi, dalam sesetengah keadaan, meletakkan hobi di dalam resume boleh menambah nilai resume anda dan menampakkan ia lebih menyerlah berbanding resume calon-calon yang lain.

Seorang pelajar praktikal di Google pernah memberitahu bahawa pengurus-pengurus yang bertanggungjawab untuk mengambil pekerja bekerja di Google sangat berminat untuk mengetahui perkara-perkara peribadi seseorang calon.

Terdapat sesetengah syarikat menghargai tindakan calon-calon yang meletakkan senarai hobi mereka di dalam resume kerana syarikat-syarikat ini dapat melihat perkaitannya dengan bidang yang diceburi oleh syarikat.

Selain itu, dengan meletakkan hobi di dalam resume, ia akan mencerahkan peluang seseorang calon untuk mendapat pekerjaan tersebut andainya itu yang membuatkan calon tersebut lebih menyerlah berbanding calon-calon yang lain.

Di sini, kami senaraikan 8 hobi yang boleh diletakkan dalam resume anda dan mungkin boleh mencerahkan peluang anda untuk mendapat sesuatu pekerjaan.

hobi

Kredit foto: doyouyoga.com

Yoga

Pengamal yoga ini biasanya adalah orang mampu untuk mengawal ketenangannya. Jadi, jika anda gemar melakukan yoga ini, maka anda ada harapan untuk mendapat kerja yang bertekanan tinggi kerana anda dapat berdepan dengan bebanan kerja yang dihadapi dengan tenang.

hobi

Kredit foto: youtube.com

Sukan Ekstrem

Dengan menyatakan bahawa hobi anda adalah menyertai sukan-sukan ekstrem seperti marathon, basikal lasak, memanjat tembok dan sebagainya dapat menunjukkan kepada bakal majikan bahawa anda seorang yang berdisiplin, tidak takut mengambil risiko dan berani mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri. Ciri-ciri ini menggambarkan bahawa anda boleh menjadi pemimpin yang bagus.

hobi

Kredit foto: vanillavideo.com

Penghasilan Video

Jika hobi anda adalah anda suka mengambil video dan mengeditnya, maka apabila aktiviti ini diletakkan dalam resume, anda mempunyai harapan cerah untuk mendapat pekerjaan dalam bidang penyiaran. Segala pengetahuan dan pengalaman anda dalam menghasilkan video akan membantu anda sekiranya dipilih sebagai pekerja dalam bidang penyiaran.

Baca lagi: 5 Lagu Paling Power Dalam Francais Permainan Video FIFA

ads-pomade_updated

hobi

Kredit foto: wallpaperscraft.com

Kapten Pasukan

Andainya hobi anda adalah bermain bola sepak dan anda menjadi kapten pasukan bola sepak anda, maka ini menunjukkan bahawa anda ada ciri-ciri kepimpinan yang bagus. Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang bermain dalam sukan yang kompetitif ini akan dapat melakukan tugas-tugas korporat dengan baik.

hobi

Kredit foto: doz.com

Menulis Blog

Jika kerja anda berkaitan dengan bidang komunikasi dan pasaran, maka eloklah anda masukkan hobi menulis blog dalam resume anda. Cuma, pastikan blog anda sentiasa dikemaskini, mempunyai penulisan yang positif dan menarik serta tidak mempunyai banyak kesalahan. Ini dapat membantu meningkatkan kredibiliti anda.

hobi

Kredit foto: sunriseodyssey.com

Memanjat Gunung

Minat yang mendalam terhadap kegiatan memanjat gunung dan sudah mendaki banyak gunung, pasti menjadi sesuatu yang menarik untuk diletakkan dalam resume anda. Ini menunjukkan kepada bakal majikan anda bahawa anda mempunyai ciri-ciri peribadi yang baik di samping mencerahkan harapan anda untuk bekerja dalam bidang yang berkaitan contohnya bekerja dalam agensi pelancongan.

Baca lagi: Nama Watak-Watak Dalam Dragon Ball Berasal Daripada Nama Makanan

ads-beard-oil

hobi

Kredit foto: seamedu.com

Fotografi

Hobi fotografi akan menjadi sesuatu yang bernilai andainya anda memohon kerja di syarikat yang berkaitan dengan pemasaran digital memandangkan syarikat ini memerlukan orang-orang yang kreatif dan inovatif. Jadi, kalau anda ada laman web yang terisi dengan gambar-gambar yang anda pernah ambil, jangan lupa untuk tunjukkan kepada bakal majikan anda.

Apa-apa Hobi Yang Unik

Anda juga boleh meletakkan apa-apa sahaja hobi anda yang unik kerana di sinilah anda boleh menunjukkan kelainan anda berbanding calon-calon yang lain. Cumanya, anda perlu berhati-hati apabila meletakkan hobi anda yang unik ini kerana dikhuatiri ia akan kelihatan pelik kepada bakal majikan anda dan menyempitkan peluang anda untuk mendapat pekerjaan.

Namun begitu, dalam keghairahan anda meletakkan hobi-hobi anda di dalam resume, pastikan anda betul-betul melakukannya dan bukan sekadar menulisnya di resume sahaja.

Jika anda sekadar menulis dan tidak melakukan hobi tersebut, dikhuatiri anda tidak dapat menjawab soalan daripada bakal majikan tentang hobi itu dan seterusnya menunjukkan kepada mereka bahawa anda sebenarnya berbohong dan menghilangkan peluang untuk anda mendapat pekerjaan.

Andainya anda merasakan ada hobi-hobi yang lain yang dirasakan sesuai untuk diletakkan di dalam resume, jangan lupa untuk tinggalkan cadangan anda di dalam ruangan komen di bawah ye.

Sumber: Business Insider Malaysia

Baca lagi: 5 Drama Jepun Yang Pernah Digilai Suatu Ketika Dahulu

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *