Cara Untuk Mengelakkan Berat Badan Naik Apabila Makan Lewat

Anda pulang kerja terlalu lewat dan kebetulan peti sejuk anda pula tidak mempunyai snek untuk mengisi perut anda. Perut anda mula melolong akan makanan dan anda sedar bahawa anda sudah mencapai kemuncak kelaparan. Kita semua pasti pernah melaluinya. Ketika ada kajian yang menyimpulkan bahawa mengelakkan makan lewat malam mungkin adalah rahsia untuk diet, tetapi pakar nutrisi pula menyatakan terdapat satu cara untuk mengisi perut anda pada waktu malam tanpa menambah berat badan.

Cara Untuk Mengelakkan Berat Badan Naik Apabila Makan Lewat

Sumber gambar: .eurekalert.org

“Sekatan makanan terhadap manusia adalah jarang dapat dikawal dan lebih bergantung kepada pengekalan persekitaran yang sihat dan tekad dari diri sendiri,” kata Heather Mangieri, RD, pakar lembaga yang diperakui dalam pemakanan sukan dan jurucakap bagi Akademi Pemakanan dan Dietetik. “Waktu malam adalah waktu kebanyakan orang hilang kawalan pemakanan, kerana itu adalah biasanya waktu habis kerja dan masa untuk berehat.”

Kadang-kadang lewat malam makan adalah satu-satunya pilihan yang ada. Dengan jam kerja yang sangat lama dan tugasan yang pelbagai, mungkin ada sesetengah hari yang anda langsung tidak terfikir tentang makan malam. Berita baiknya adalah, menurut Mangieri, ia adalah  kurang tentang masa apa anda makan, dan lebih banyak mengenai makanan apa dalam pinggan anda. Di sini adalah apa yang perlu dilakukan jika anda terpaksa makan lewat.

Kurangkan karbohidrat

Sumber gambar: rd.com

“Jika makan malam adalah pada pukul 8 dan masa tidur adalah dua jam kemudiannya, maka saiz hidangan hendaklah lebih kecil. Jumlah karbohidrat yang anda ambil juga mestilah sedikit,” kata beliau. “Tetapkannya kepada satu hidangan protein tanpa lemak dan banyak sayur-sayuran. Jadi anda masih akan mendapat keperluan nutrien tanpa menerima kalori lewat malam.”

Jangan langkau makan malam!

Sumber gambar: tasty-eating.blogspot.my

“Masuk tidur dengan perut yang berkeroncong boleh membuatkan ia sukar untuk tidur. Atau lebih teruk lagi, meningkatkan keinginan untuk makan di tengah-tengah malam jika kelaparan mengganggu tidur, ” jelas Mangieri.

Elakkan lapar di tengah-tengah malam

Sumber gambar: mouthwateringmotivation.wordpress.com

“Untuk mengenyangkan perut sebelum tidur, makan satu hidangan kecil protein, seperti telur rebus atau sekeping keju,” katanya.

 

Baca lagi: Ingin Tahu Kisah Menarik Saat Kali Pertama Bercinta? Baca Ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *