Cara Terbaik Untuk Menggayakan T-Shirt Grafik

breaking-bad-los-pollos-hermanos-t-shirt-1272x920

                                                                                         Redwolf

Mungkin bukan semua lelaki sukakan t-shirt grafik tetapi ramai di antara anda yang menjadikan t-shirt ini ‘uniform’ harian anda. Jangan gayakan t-shirt grafik anda dengan gaya yang same-old, same-old.

Cuba gayakan ia dengan penuh stail dan lebih sedap mata memandang.

Pilih t-shirt grafik yang sesuai dengan anda

image-6

Jika anda lebih gemarkan gaya rock n roll, pilih grafik yang ke arah itu. Logo-logo rock band ataupun grafik alatan muzik sangat memberi inspirasi.

Anda lebih kasual dan nerdy? Grafik kaca mata atau artwork mengenai sains pasti lebih kamcak untuk gaya anda.

ads-beard-oil-with-azrel

Padankan t-sirt grafik dengan seluar panjang

image-7

Buang sahaja seluar kargo. (Dan juga tipikal sandal!)

Tampak lebih moden dengan seluar jeans slim-fitting. Lipat sedikit hujung seluar untuk menampakkan bahagian atas kasut anda (sebaiknya pilih kasut yang low-top).

image-8

Poin bonus? Sarungkan kasut yang bercorak. Jangan abaikan stokin sekiranya anda memakai kasut. Pilih sama ada yang high-tops atau no-shows untuk pemakaian kasut yang lebih selesa.

Minimakan aksesori

image-9

Cukuplah dengan grafik pada t-shirt anda, bersama dengan jam tangan atau cermin mata gelap. Jika mahu tampak lebih cool, sematkan bahagian depan t-shirt anda ke dalam seluar dan biarkan yang lain terkeluar.

Sumber: Maskulin

BACA: 10 Barangan Yang Diinspirasi Dari Gaya Tentera

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *