Cara Mudah Untuk Berhenti Dari Masalah Kehilangan Kunci

Cara Hebat Untuk Berhenti Dari Masalah Kehilangan Kunci

www.trendhunter.com

 

Siapa cakap kunci tidak penting, kunci itu adalah segalanya kalau bagi kita. Tanpa kunci tiada keselamatan dapat disediakan walaupun dengan cara lain, kunci sudah menjadi sebahagian di dalam kehidupan kita. Jom ikut cara hebat untuk berhenti dari masalah kehilangan kunci.

 

Carah Hebat Untuk Berhenti Dari Masalah Kehilangan Kunci

 

Saya akan menceritakan satu kisah di mana kisah tentang kehilangan kunci saya yang membuatkan saya tertekan pada hari saya mengemas pejabat. Seharian saya mencari kunci kereta saya membuatkan isteri saya terpaksa balik rumah berjalan kaki manakala saya tidak dapat mengambil anak saya dari sekolah.

 

Mungkin saya agak tua sebab itu masalah ini muncul namun saya menjadi lebih tertekan pada 30 minit awal untuk mencari kunci yang hilang itu sehingga saya menjumpainya.

 

Cara Hebat Untuk Berhenti Dari Masalah Kehilangan Kunci

https://www.amazon.com/dp/B007PKJ2PW/?tag=atai0d-20

Itu adalah alasan utama masalah ini berlaku kerana apabila kehilangan kunci berlaku ia membuatkan kita menjadi tertekan selepas tertekan ianya akan merosakkan pula hari kita, kemudian akan bersangkut paut dengan kehidupan kita yang seterusnya. Ada kajian mengatakan tekanan seperti ini membuatkan umur kita menjadi lebih pendek. heh, betul ke?

 

 

Oleh itu  mungkin anda  telah memendekkan usia anda kepada beberapa tahun akibat tekanan perasaan.  Ingin diingatkan bahawa perkara sebegini sepatutnya tidak menjadi isu tapi ia tetap terjadi. Selain daripada memendekkan usia ( mengikut kajian) masa anda juga akan berlalu begitu sahaja. Ianya hanya merugikan masa. Apatah lagi dengan kehidupan anda yang sentiasa sibuk sehingga tiada masa untuk masalah kehilangan kunci ini membuatkan anda pening kepala!

 

 

Mari kita bincangkan bagaimana cara hebat untuk berhenti dari masalah kehilangan kunci.

 

 

Sebenarnya benda ni simple je, anda cuma perlu tempat untuk simpan kunci, maksudnya kesemua kunci anda yang anda simpan atau pegang. Contohnya bekas, tempat penyangkut, meja ke asalkan anda boleh asingkan bahawa itu tempat letak kunci so senang sikit nak uruskan benda lain lepas tu.

 

 

Apabila anda masuk ke rumah rajinkan diri anda menyangkut kunci anda di tempat kunci yang disediakan supaya esok pagi bila anda nak keluar dah senang kunci depan mata. Jadikan ini sebagai habit, jangan biarkan kunci anda itu begitu sahaja. Selalu ambil berat tentangnya.

 

 

Point kat sini sebenarnya bukan pada kunci sahaja tetapi kepada semua barangan anda yang ada di rumah mahupun di stor.

 

 

Jadikan diri anda teratur itu juga diterapkan di kilang-kilang di mana mereka mengasingkan barangan di dalam kilang tersebut ada juga yang meletakkan tanda nama kepada barangan yang disimpan. Ini seperti sudah menjadi sebahagian daripada disiplin mereka. Sebab itu di kilang-kilang  jarang kita tengok mereka mengambil masa lama untuk mencari sesuatu.

 

Oleh itu dengan adanya cara hebat untuk berhenti dari masalah kehilangan kunci hilang ni dapat sedikit sebanyak membantu anda di dalam menguruskan kehidupan supaya elak dari tekanan dan juga menjimatkan masa.

 

Sentiasa ingat, letak kunci, telefon bimbit, beg dompet di tempat yang di khaskan supaya nanti anda senang untuk mencarinya.

 

Jumpa lagi lepasni, apa kata korang share pengalaman kehilangan kunci yang korang ada dengan kiteorang? Thanks!

 

Baca Lagi: Selamat Datang Ke Istana Chillingham , Salah Satu Tempat Menakutkan Yang Wujud Di Eropah

 

 

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *