5 Cara Yang Betul Untuk Memiliki Rambut Panjang

Adakah anda minat dan gemar memiliki rambut yang panjang? Mungkin disebabkan artis kegemaran anda menyimpan rambut yang panjang maka anda mahu meniru mereka? Tetapi, adakah anda tahu cara yang betul untuk memiliki rambut yang panjang?

Hanya sekadar mahu tetapi tidak tahu cara yang betul untuk memiliki rambut yang panjang pun tidak guna juga. Oleh kerana itu, kami di Mensive ingin berkongsi dengan anda 5 cara yang betul untuk memiliki rambut  panjang.

Kredit foto: barbarianstyke.net

1. Sesuai atau tidak?

Pertama-tamanya, sebelum anda menyimpan rambut panjang, tanya kepada diri sendiri dahulu sama ada gaya ini sesuai ataupun tidak untuk anda. Tidak semua orang sesuai untuk memiliki rambut yang panjang. Ada juga jenis kerjaya yang tidak benarkan anda berambut panjang, contohnya guru. Oleh itu, anda perlu kenal pasti sama memiliki rambut panjang ini sesuai ataupun tidak untuk anda.

2. Jangan kerap bersyampu

Elakkan daripada selalu syampu rambut anda setiap hari. Jika anda kerap syampu rambut anda ia akan merosakkan folikel rambut dan seterusnya mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat dan merosakkan akar rambut. Pastikan anda juga tidak memilih syampu yang tinggi kandungan sulfatnya.

Kredit foto: hopewoodlifestyle.com.au

3. Jaga pemakanan

Makan sesuatu yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan boleh memelihara rambut sedia ada. Amalkan memakan makanan yang mengandungi vitamin c, biotin dan niacin yang boleh membantu menumbuhkan rambut dengan baik. Buah-buahan seperti buah oren dan betik boleh membantu dalam hal penjagaan rambut ini.

4. Gunakan perapi rambut

Bagi anda yang mahukan rambut yang panjang, menggunakan perapi rambut adalah satu kemestian. Ini perlu dijadikan amalan agar rambut anda tidak kelihatan kusut dan serabut. Perapi rambut akan memastikan rambut anda kelihatan kemas dan juga terurus.

Kredit foto: barbarianstyle.net

5. Menggunakan tonik rambut

Anda juga boleh mencuba tonik rambut untuk mempercepatkan penumbuhan rambut. Selain itu, tonik rambut juga boleh membantu menghasilkan rambut yang sihat dan juga akar rambut yang kuat. Anda boleh mencuba produk Mensive Hair Tonic untuk membantu anda memiliki rambut yang panjang.

Itulah dia 5 cara yang betul untuk memiliki rambut panjang. Kami di Mensive berharap agar dengan perkongsian ini anda dapat capai apa yang anda mahukan dan seterusnya menjadi lebih bergaya apabila sudah memiliki rambut yang panjang kelak.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *