Cara Pakai Jaket Biker Untuk Anda Yang Gemar Menunggang Motosikal

mens-leather-biker-jacket-street-style-1024x682

The Idle Man

Jaket biker klasik mampu mengubah keseluruhan gaya penampilan jejaka. Kebiasaannya jaket biker rona hitam membanjiri pasaran, kini terdapat dalam rona lain seperti perang dan burgundy.

 

Selaras dengan trend fesyen semasa, gayakan ia dengan helaian menarik yang terdapat di dalam gerobok pakaian anda.

 

Manual Gaya

 

black biker jacket

 

Gaya ke pejabat

Mulakan dengan helaian pakaian ke pejabat. Jika anda mahu mengelak untuk menyarung blazer atau vest, jaket biker rona gelap adalah pengganti yang baik. Padankan ia dengan seluar slacks rona gelap atau terang seperti beige dan camel.

Pastikan anda peka akan pemilihan tali leher yang berpadanan dengan jaket dan seluar slacks anda.

ads-hair-tonic

Padankan bersama but

Tekstur dan fabrik berat jaket ini sesuai dipadankan dengan but kegemaran jejaka. Pilih kasut but chukkaatau high cut untuk menambah identiti. Beranikan diri untuk selitkan gaya dinamik helaian klasik dengan kreativiti anda.

Padankan dengan jeans kegemaran

Jaket biker dan jeans adalah match made in fashion heaven! Pilih potongan jeans yang sesuai untuk jaket ini; potongan jeans low waist cut, tapered atau skinny adalah pilihan yang terbaik. Be a rock star!

 

Tip Penggayaan

black biker jacket

Tip 1: No accessories!

Kombinasi aksesori berlebihan akan mencacatkan penampilan. Cukuplah dengan jam tangan menjadi aksesori tunggal.

Tip 2: Rona helaian dalam

Don’t play safe dengan memilih t-shirt atau kemeja putih untuk pakaian dalam. Cuba rona lain seperti kuning cair atau biru elektrik.

Tip 3: Rock fiesta

Memakai sepersalinan monokrom mengikut warna jaket biker anda adalah a no-no. Sebaiknya biarlah jaket biker anda menjadi focal point dalam gaya rock anda.

Wajib Ada

Cermin mata hitam

 

sunglasses

 

Ingin kelihatan klasik dan mainstream? Sarungkan sepasang cermin mata hitam kegemaran anda untuk memberi impak maksima!

ads-beard-oil

Kasut but

chukka boot

Kasut but kulit adalah item wajib jika anda mahu mencuba gaya rock bikers ini. Pilih jenis chukka, ia lebih relevan dan konvensional dengan trend terkini.

Helaian dalam

 

white polo

 

Tidak perlu kemeja sarat dengan corak untuk jaket ini apabila bergaya kasual, cukup dengan kemeja polo putih. Untuk ke pejabat, pilih tali leher yang potongan tirus dengan warna yang pop.

Sumber: Maskulin

BACA: 5 Trik Penjagaan Diri Dengan Baking Soda

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *