Cara Negosiasi Gaji Untuk Pekerja Baru

Hampir semua orang akan menjadikan gaji sebagai alasan utama mereka bekerja pada suatu syarikat, kerana memang memiliki kewangan yang teguh sangatlah penting untuk mampu memenuhi keperluan hidup. Tak hairan jika semua pekerja kini menginginkan gaji yang tinggi.

Namun, kelihatannya agak sukar dicapai jika anda merupakan orang yang baru terjun di dunia pekerjaan. Pada satu sisi, mereka sangat memerlukan penghasilan tetap, tapi di sisi lain, gaji yang ditawarkan pula rendah. Masalah jumlah gaji ini sering kali menjadi dilema bagi para pekerja baru yang belum memiliki pengalaman yang cukup.

Meski baru dan kurang pengalaman, anda masih memiliki peluang untuk memperoleh gaji yang diharapkan. Anda boleh melakukan negosiasi dengan syarikat untuk mendapatkan gaji yang sesuai hanya dengan modal kecekapan dan juga kemampuan yang anda miliki.

Berikut adalah cara yang boleh dijadikan sebagai panduan bagi anda yang baru dalam melakukan negosiasi gaji dengan syarikat.

Gambar hiasan: HR News

Cari Informasi Mengenai Standard Gaji

Penting untuk mengetahui standard gaji pada posisi yang akan diinginkan, dan juga gaji minimum yang ditetapkan pemerintah daerah. Informasi standard gaji tersebut akan berfungsi sebagai dasar bagi anda untuk mengajukan besaran gaji yang diinginkan kepada perusahaan. Untuk memperoleh informasi mengenai standard gaji, anda boleh melayari di internet

Gambar hiasan: HR News

Fokus pada Kualiti dan Bersikap Profesional

Tunjukan kualiti dan prestasi yang anda miliki. Tunjukkan bahawa anda memang mempunyai kemahiran dan skill yang diperlukan untuk posisi pekerjaan yang sedang ditawarkan. Jika perusahaan menilai kualiti anda memenuhi kriterianya, anda memiliki kesempatan besar untuk diterima dan memperoleh gaji sesuai dengan jangkaan anda.

Gambar hiasan: HR News

Tanamkan Rasa Percaya Diri

Kepercayaan diri dapat ditunjukkan dengan memberikan jawapan dari setiap pertanyaan secara tegas dan penuh keyakinan, termasuk saat sesi negosiasi gaji. Namun, perlu diawasi bahawa percaya diri tidak sama dengan over-acting atau berlebihan. Secara umum syarikat akan lebih senang mengambil pekerja yang penuh semangat dan memiliki rasa percaya diri.

Gambar hiasan: HR News

Jangan Langsung Menyebut Angka

Berapa gaji yang anda inginkan? Pertanyaan tersebut sering kali dilontarkan saat wawancara kerja. Tak sedikit calon pekerja yang bingung untuk menjawab pertanyaan tersebut, mungkin termasuk anda. Memang cukup payah, jika menyebut angka terlalu rendah pastilah akan menguntungkan syarikat, namun apabila menyebut angka terlalu tinggi dikira terlalu berkeyakinan.

Gambar hiasan: HR News

Hormati Penemuduga dan Jangan Terburu-buru

Bersikap sopan dan santun ketika wawancara kerja dapat memberikan impresi pertama yang baik pada syarikat. Saat membicarakan masalah gaji, sebaiknya anda tidak menyela, tunjukkan rasa hormat anda, biarkan syarikat menjelaskan perihal gaji yang ditawarkan untuk posisi yang anda inginkan hingga selesai.

Baca lagi: Buang Air Kecil Di Kolam Renang, Begini Kesannya Buat Kamu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *