Cara Merawat Jerawat Badan

Cara Merawat Jerawat Badan

Shutterstock

Kita semua pasti pernah mengalami masalah jerawat yang tumbuh di sekitar tubuh terutama sekali di bahagian belakang badan, dada, dan sekitar atas bahu. Paling tidak menyelesakan pabila ia timbul di sekitar bawah lengan.

ads-body-soap

Untuk anda kami, dari Mensive kongsikan tip mengatasi jerawat pada tubuh dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi di rumah.

Ubat Gigi

Bunyinya pelik tapi percayalah yang ia berkesan! Ia mudah, efektif dan menjimatkan. Ia menyembuhkan masalah jerawat tanpa merosakkan tekstur kulit. Hanya sapukan sedikit ubat gigi di bahagian jerawat dan biarkan ia semalaman. Bahkan, ada yang berani mencuba merawat jerawat muka dengan cara ini dan ia berkesan.

Cara Merawat Jerawat Badan

LelakiSihat.Com

Kulit Oren

Kali ini, hanya berserah pada asid sitrik yang terkandung di dalam kulit buah oren. Ia adalah penyembuh jerawat semula jadi. Ia mengandungi vitamin C, yang mana remedi baik untuk kulit. Letakkan kulit oren di bawah cahaya mata sehingga ia kering sepenuhnya. Kemudian, kisar kulit buah oren tersebut sehingga menjadi serbuk dan simpan di dalam sebuah balang. Dua minggu sekali, tambahkan air ke atas serbuk oren tersebut dan sapukan pes oren tersebut ke atas jerawat.

Cara Merawat Jerawat Badan

 Serbuk Penaik

Serbuk penaik boleh dijadikan sebagai skrub holistik buatan dari rumah yang boleh menjadikan kulit lebih lembut, bersih dan cerah semula jadi. Ia juga boleh digunakan untuk merawat masalah jerawat. Tetapi, pastikan anda tidak mengulanginya lebih dari dua kali dalam seminggu. Serbuk penaik mengandungi konsentrasi alkali yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah pada kulit jika terlalu kerap penggunaannya. Untuk membuat skrub ini, anda perlukan dua sudu serbuk penaik dan sedikit air. Campurkan kedua-duanya sehingga menjadi pes pekat. Skrub  pes tersebut ke atas kulit dengan lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk.

Cara Merawat Jerawat Badan

Serious Eats

itu antara cara untuk merawat jerawat di badan, al maklum sahajalah kita ni dari negara Asia yang cuacanya kadang tu lembab dan kadang tu panas. Di sebabkan cuaca jugalah antara faktor kenapa rmaai di antara kita mengalami masalah jerawat di badan.

Di harap dengan artikel ini dapat memberikan anda serba sedikit panduan bagi menghilangkan jerawat badan.

Sumber: EH

BACA: Elak Sakit Belakang Sebelum Terlambat

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.